Saya kumpul sketsa menarik ini untuk tujuan peribadi. Namun saya berbesar hati kongsikan untuk bacaan atau tatapan anda semua. Mana yang baik itu jadikan sebagai mesej peringatan dan selebihnya anggap sahaja sebagai hiburan semata-mata.
Sketsa pertama
Situasi ini berlaku sudah lebih 20 tahun yang lepas.
Pada masa itu saya masih bujang lagi.
Ada kawan sekerja memberi nasihat untuk saya.
Kawan : Hanafi, sekarang masa paling sesuai kamu kahwin.
Saya : Kenapa pulak ?
Kawan : Cuba kahwin masa kamu masih ada duit dan kerja. Nanti masa kamu tiada duit, tidak ada seorang pun akan suka kamu lagi.
Saya : Betul juga kan.hehehe
Sketsa Kedua
Ketika masuk lif di pejabat, saya disapa rakan kerja.
Sempat juga bersembang tak sampai dua minit.
Rakan : Tak sangkalah Hanafi, awak sudah ada anak berumur 18 tahun.
Saya : Ya ka ? Alhamdulillah, rezeki cepat dapat anak.
Rakan : Rupa masih muda dan macam belum kahwin hahaha.
Saya : Kelebihan jadi orang kecil molek kot. Dapatlah awet muda.
Sketsa Ketiga
Macam biasa di tempat kerja .
Saya selalu menjadi usikan bos.
Setiap usikan bos saya anggap satu kecindan yang menghiburkan.
Bos : Hanafi, perempuan yang sesuai untuk kamu mesti umur 38 tahun.
Saya : Alamak, kenapa pulak bos?
Bos : Perempuan usia macam tu sesuai untuk jaga makan dan minum. Boleh jadi pendamping setia.
Saya : [ Lidah kelu. Mulut terkunci. Hati terbungkam.]
Penutup
Sketsa yang saya kongsikan bukanlah 100 peratus dialog yang saya ingat.
Cuma mesej yang saya ingat memang tak lari dari perkara tersebut.
0 Comments