Hari tipu diet


Sangat jarang saya buat amalan hari tipu diet atau cheat day.

Saya buat kerana terpaksa atau rasa teringin untuk makan apa yang telah saya larang dalam program diet peribadi.

Bukan setiap minggu dan dalam sebulan pasti ada sekali dua.

Dalam hari tipu diet biasanya saya akan makan dalam kuantiti yang sedikit.

Antaranya mi segera, kuih-muih dan minuman bikarbonat.

Selepas makan saya akan tekad dan usaha untuk teruskan aktivti kecergasan.

Dalam erti kata lainnya tiada ponteng atau culas untuk aktiviti membakar kalori..

Bak kata influencer terkenal, pendirian mesti firm and stern. dalam bab kesihatan.

Nota mrhanafi

Tengah bulan ini saya timbang berat lagi.

Jika berat badan naik maka usaha program diet peribadi saya akan lebih ketat.

Sebaliknya jika turun maka program diet peribadi lebih longgar dan fleksibel.   

Begitulah cara saya memantau tahap kesihatan agar sentiasa berada pada BMI yang ideal.  

Bukan untuk orang lain dan kejujuran diri sendiri itu amat dituntut.

Semoga bermanfaat.

18 Comments

  1. kalau tipu macam ni kira dosa ke tak? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah,,,ini soal tipu diri sendiri saya pun tak tahu di mana nak letak hukumnya

      Delete
  2. makan utk hidup bang., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kalau tidak hidup mana boleh makan lagi hehehehe

      Delete
  3. tipu makruh ni😁x pe sekali sekali lps kan keinginan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa dengar tipu sunat...jika tipu makruh pertama kali pulak dengar hehehehe

      Delete
  4. Kena displin betul2 kalau nak kurangkan berat ni. Macam sama sendiri tak kisah sangat pasal makan cuma aktiviti aktif tu kena lebihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disiplin antara cabaran yang berta kepada ramai orang....susah untuk kuasai diri sendiri

      Delete
  5. i tag u😁

    https://aniesandyou.blogspot.com/2023/08/birthday-giveaway-farhanajafricom-2023.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanana...boleh saja janji ada fun kat situ...TQ

      Delete
  6. Replies
    1. sama-sama dan moga ia ada mnfaat buat kita semua

      Delete
  7. Hari tok dh tgh bulan.. dh timbang tek ka? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok dh timbang...keputusan akan diumumkan sik lama gik hehehe

      Delete
  8. Tak apa, sesekali perlu cheat day macam tu. Saya juga jaga pola makan, tapi ada hari di mana saya terkadang suka2, tapi pastinya workout tak pernah skip. 😄. Saya sampai jadi member gym untuk setahun demi bisa rutin olahraga. Karena dah bayar, jadi sayang kalo tak pakai kan.

    Makanan itu yg penting tak berlebihan ☺️😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheat day adalah perkara biasa untuk mereka yang involve dalam bidang fitness...saya sungguh teruja dan respect dengan Fanny kerana sanggup jadi member gym untuk setahun...semoga istiqamah untuk berolahraga agar kekal sihat dan fitness selalu..aamiin

      Delete
  9. Encik diet untuk apa? Ada masalah berat badan atau saja2 jaga kesihatan? Saya saja tanya sebab curious gitu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya diet untuk dapatlan BMI yang ideal dan dalam masa yang sama mahu kekal sihat serta fitness

      Delete