cabaran SEO WCB

Cabaran SEO WCB  adalah anjuran Sifu  SEO Azham Zainal.

Sekali lagi saya menyertai cabaran tersebut dengan niat untuk belajar SEO. Kemenangan bukan satu keutamaan.

Kalau menang. 

Alhamdullilah.

Rezeki tu.

Ehem..

Rezeki nak tambah cawangan blog baru la tu.

OK. Fine [ tersasul ]

Siapa belum mengenali Azham Zainal boleh baca [ Rahsia Buat Duit Online Guna Blog Terbongkar ]

Ada ramai pemain SEO sekarang ini. Ada yang jenis low profile.

Mereka turut juga mencuba kepakaran  SEO masing-masing. Sebab itu alasan utama saya tidak meletakkan menang sebagai syarat utama.

Berikut adalah kelebihan kalau  dapat menguasai SEO dengan baik.

  1. Trafik organik mencanak
  2. kerja sekali hasil berkali-kali
  3. Boleh demand dengan syarikat jika ada servis blog
  4. Blog jana income lumayan
  5. Banyak masa untuk aktiviti lain
  6. Tawaran review produk
  7. Jenama blog yang disukai Google

Mungkin ada yang bertanya " ada tak saluran lain untuk menjadikan blog berpendapatan tinggi selain guna SEO? "

Jawapan saya, " memang ada."

Namun berbayar.

Belum tentu terbaik. Percubaan demi percubaan perlu dilakukan dengan  duit.

Banyak duit tak kisah la.

Contohnya kita boleh guna :

  • Google Adword
  • FB ad 


Baiklah.

Saya nak beri gambaran apa itu SEO?

Cabaran SEO Azham Zainal

Tak perlu istilah yang terlalu asing.Saya nak gantikan dengan cara metafora [ ini pun istilah asing hehehe]

SEO umpama kereta.

Penulis blog adalah pemandunya.

Isi kandungan pula seperti barang.

Sekarang ini pemandu perlukan kereta yang cukup bagus untuk menghantar barang kepada pemilik.

Kereta ini hendaklah mudah dilihat.

Begitulah kejadiannya dengan SEO.

Mudah dicapai dan dilihat.

Alamak!

Pening tak dengan metafora ini.

Kalau pening kita belajar SEO dengan Tuan Azham Zainal sahaja la. Dengar khabar beliau buka kelas coaching secara personal.

Dah.

Kita kembali ke pangkal jalan untuk Cabaran SEO WCB.

----> Cabaran bermula pada Rabu 18 Oktober 2017<----

Sekarang tinggal beberapa hari sahaja lagi [ketika saya menulis konten ini]

Buat masa kini para peserta belajar tutorial secara percuma selama 7 hari.Para peserta dibekalkan video untuk ditekuni.

Selepas ini para peserta dihendaki menulis 5 artikel untuk disiapkan sebelum 4 November 2017.

Setiap artikel akan diberi markah.Peratusan markah yang tertinggi akan dinilai untuk dijadikan pemenang.

Doakan kejayaan saya...[ please ]

Ada banyak lagi langkahnya.

Kalau dibongkarkan dalam artikel ini dah macam kurang saspen la pulak.

Secara keseluruhanya cabaran ini akan berlangsung selama 50 hari.

Kesimpulannya

Dalam tempoh sebulan lebih ini, saya akan beri fokus.

Lebih masa.

Lebih serius.

Tentunya untuk belajar Cabaran SEO WCB.

Menang atau kalah bukan persoalannya.

Yang pasti ada sesuatu yang boleh dibawa pulang.

Ini dia : ILMU SEO

Jadi logik saya katakan usaha Tuan Azham Zainal  memang terbaik.

Sehingga ke saat ini saya berundur dulu. 

Sekian.Jumpa lagi.

Nota mrhanafi :

Artikel ini pernah diterbitkan pada 14 Oktober 2017