operator takaful terbaik

Topik ini cukup berat. Mrhanafi perlu mengambil masa yang lama untuk menulis dan menyunting artikel tersebut.

Namun demi impian untuk melihat ramai rakyat Malaysia faham konsep takaful maka perkongsian ini adalah langkah yang sewajarnya. 

Darpada 11 operator takaful, ada yang penuh berpengalaman dengan keunikkan produk mereka dan ada yang amat berinovatif dengan produk mereka.

Yang lama seperti Syarikat Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas dan Etika Takaful adalah pelopor kepada operator-operator takaful yg baru dan berinovasi tinggi seperti Prudential BSN, AIA Takaful, MAA Takaful, Great Eastern Takaful dan beberapa lagi operator takaful yg baharu.

Yang lama tetap teguh dengan keunikan produk mereka dan yg baru pula diwarnai dengan pelbagai produk takaful yg berinovasi tinggi.

Berdiri sama teguh, sama-sama memperkaya industri kewangan negara dan mereka semua adalah “venue” untuk perlindungan kewangan kita.

Kredit : adibyazid.com

Etiqa Takaful Berhad has just been conferred the Best Takaful Operator 2016 Award at the MRC Sysmposium 2017 . The main criteria of this selection was based on the best turn-around time in motor claims amongst all the takaful operators in Malaysia. This is proof of our tireless effort, commitment and dedication to deliver only the best service to you, our customers.

Kredit : Etiqa Takaful Facebook Page

Agak sukar untuk memberikan jawapan, kerana bukan senang nak tubuhkan sebuah Takaful Operator. Yang pentingnya, ia adalah sebuah Syarikat TAKAFUL dan bukannya Insurans Konvensional.

Sebagai seorang perancang kewangan Islam, bagi kami yang pentingnya orang ramai di luar sana ada perlindungan Takaful dan bukannya dari Insurans Konvensional. Musuh kami adalah sistem Riba yang diamalkan oleh Syarikat Insurans Konvensional, dan memang ianya telah sah HARAM di sisi Islam. Semoga lebih ramai orang-orang Islam di luar sana sedar akan hakikat ini.

Kredit : ahmadhumaizi.com

ETIQA mempunyai Medical Card- ULTRA MEDIC RIDER
Kelebihan medical card tersebut:-

1) cashless card- admit atau discharge adalah cashless, korang sign je, xperlu  kuarkan 10% ke ape dari jumlah bil, sumer  dicaj atas medical card dan mudah.

2) Tiada co-takaful- korang xyah pening2 kalu dicaj kene byr ke ape, just rilex and enjoy the hospitality, all the caj wil caj atas medical card. ETIQA takaful memahami kehendak rakyat malaysia dan membantu rakyat malaysia mengurangkan pengeluaran tunai adalah keistimewaan kami.

3) No claim bonus-  Dapat 5% dari rider premium, dengan syarat tiada claim tahun lepas dan bermula tahun ke-3 polisi

Kredit : Carigold

Orang Malaysia kini sudah semakin celik dengan sekeliling mereka, sebelum menyertai apa apa, mereka akan buat beberapa kajian terlebih dahulu. Untuk mereka yang sedang buat perbandingan.

Kredit :ahmadfarizpetra.blogspot.my 

Begitulah beberapa senarai pendapat wakil-wakil takaful yang mrhanafi petik dari blog mereka.

Pada dasarnya hampir semua operator takaful terbaik dalam segmen penyediaan produk dan penyediaan perkhidmatan.

Sungguhpun begitu tidak semua operator takaful sempurna.

Memang ada kelemahan masing-masing.

Mrhanafi berpesan kepada masyarakat diluar untuk memilih operator takaful yang kukuh,prestasi kewangan yang mantap serta wakil takaful yang profesional.

Golongan profesional (wakil takaful) ada etika dan budaya kerja serta integriti pasti memadankan keperluan pelanggan dengan kemampuan kewangan.

Para pelanggan tidak wajar didesak untuk mencarum.

Wakil takaful dan operator takaful yang terbaik akan memastikan pelanggan berpuas hati dan jelas terhadap wang yang mereka keluarkan secara bulan atau tahunan.

Berikut adalah pandangan mrhanafi terhadap eTiQa Takaful sebagai Operator Takaful Terbaik Malaysia.

Ada sebab yang kuat dan mantap mengapa mrhanafi memilih eTiQa Takaful Berhad sebagai ‘majikan’ dan platform terbaik untuk membangunkan kerjaya sebagai Peunding Takaful.

1.Syarikat yang kukuh

Pada tahun 2001 sebuah bank GLC iaitu Maybank telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Ageas.Beberapa tahun kemudian sekitar tahun 2005/2006 terdapat 5 entiti kewangan bergabung.

Entiti tersebut ialah Am Maybank (MGA),MaybanLife (MLA),Mayban Takaful (MT),Malaysia National Insurans (MNI) dan Takaful Nasional (TN).Pergabungan ini membentuk Mayban Ageas (MAHB)

Akhirnya pada tahun 2008-2009 satu jenama baru telah dilancarkan iaitu eTiQa.Melalui jenama eTiQa terbahagia dua iaitu eTiQa Insurance Bhd dan eTiQa Takaful Bhd.

eTiQa takaful Berhad pula terbahagi kepada dua bahagian operasi iaitu takaful am dan takaful keluarga.Ada perbezaannya yang kita akan kupas dan jelaskan pada masa masa yang akan datang.

Menurut sumber dalaman yang boleh dipercayai satu dana baru telah dilaburkan dalam eTiQa Takaful Berhad supaya tidak bercampur dengan dana dari insurans.

Sebab itu para pencarum dan para wakil takaful yakin sumber yang ada dalam eTiQa Takaful adalah bersih dan patuh syariah.

Jenama eTiQa Takaful Berhad semakin kukuh dalam pasaran.Lebih-lebih lagi operator takaful ini adalah ahli Kumpulan Maybank.Pembaca perlu yakin bahawa faktor kewangan antara yang sangat kukuh untuk jangkamasa yang sangat panjang.

2.Reputasi syarikat terbaik

Anugerah Takaful Terbaik 2016 kepada eTiQa Takaful Berhad di MRC Sysmposium 2017 memang membanggakan.Itu adalah pencapaian terbaharu sehingga artikel ini ditulis.

eTiQa Takaful Berhad semakin unggul dengan meraih pelbagai anjugerah sejak tahun 2007 lagi.MIsalnya pada tahun 2008 eTiQa telah mendapat anugerah pemasaran Takaful Terbaik di Anugerah Takaful Antarabangsa London.

Dalam tahun yang sama juga eTiQa telah mendapat anugerah Syarikat Takaful Cemerlang di Forum Kuala Lumpur Kewangan Islam.Kejayaan ini diulangi selama 3 tahun dan terbaharu pada tahun 2011.

Pada tahun 2009 pula eTiQa telah menang Jenama Terbaik dalam Perkhidmatan oleh Brand Laureate di Kuala Lumpur.Selain itu ada turut menerima anugerah Bancatakaful Terbaik di Takaful Antarabangsa Award di London.

Sudah tentu pencapaian dan anugerah ini bukan calang-calang.Simboliknya eTiQa Takaful Berhad  adalah operator takaful berprestiq dan diakui pada peringkat nasional dan antarabangsa.

3.Dipercayai oleh syarikat korporat ternama.

Ada banyak syarikat korporat utama di Malaysia menjadi pelanggan kepada eTiQa.Kalau syarikat besar sudah percaya kemampuan eTiqa jadi tidak ada alasan untuk tidak percaya sebagaimana mereka.

Antara syarikat tersebut adalah Malaysia Airline, AirAsia, TM,Maybank, Petrolnas, Perodua, UMW. PNB, MISC dan tabung haji.

Lihat sendiri bahawa jenama eTiQa memang terbaik. Syarikat besar jadi pelanggan dan kita mestilah lebih yakin dengan kemampuan operator eTiQa Takaful.Ingatlah bahawa setiap sen yang kita keluarkan tersebut berbaloi untuk wang anda sendiri.

4.Cawangan yang luas dan merata di setiap negeri

Selain ibu pejabat yang berada di ibu negara,eTiQa Takaful ada 27 cawangan dibawah 7 wilayah utama.

Selain itu ada pejabat Agensi untuk memudahkan para wakil takaful menjalankan tugas masing-masing.Yang pasti urusan di eTiQa sangat mementing perkhidmatan.

5.eTiQa mudah diakses.

Waktu operasinya adalah seperti dibawah antara jam 8.30 pagi sehingga 6.30  petang dari hari Isnin hingga Jumaat.Hari sabtu pula 8.30 pagi sehingga 12.30 tegahari dan ditutup pada hari Ahad

Info selanjutnya boleh dilayari di http://www.etiqa.com.my/en/contact-us

Pihak pelanggan atau wakil takaful lebih mudah berurusan dengan eTiQa Takaful melalui talian bebas tol di 1-300-13-8888 dan untuk pertanyaan tentang takaful kereta boleh telefon 1-800-88-6491

Kesimpulannya

Pilihlah eTiQa Takaful sebagai operator atau penyedia takaful untuk anda.Selain itu carilah Perunding Takaful yang bertauliah untuk membantu anda mendapatkkan perlindungan,simpanan dan pelaburan.

Bertindak bijak hari ini akan memastikan ketenangan fikiran pada masa akan datang. 

Nota mrhanafi:

Dulu saya pernah menjadi agen takaful dan ternyata percubaan tersebut tidak berjaya.

Nasib baik seorang blogger, maka saya ada menulis sedikit tentang artikel takaful yang pernah diterbitkan pada 11 Mei 2017