Cabaran utama manusia berkait rapat dengan masa. Kenyataan ini bukan untuk semua. 

Hanya untuk mereka yang sedar dan faham bahawa masa yang berlalu tidak akan datang kembali.

Yang pergi akan tetap pergi. Yang pasti tiada berganti lagi.

Sebab itu masa umpama detik nyawa.

Sebagai contoh pada hari ini bersamaan 13 Jun 2023 tidak akan sama pada 13 Jun 2024 atau 13 Jun 2022.

Atas kesedaran untuk mengingatkan diri sendiri, saya telah mengurangkan masa kepada perkara rutin  seperti melayan media sosial secara berlebihan.

Kurang masa di media sosial bermakna ada penjimatan masa lapang yang banyak.

Selain dari itu, saya juga merancang aktivti supaya lebih tersusun dan teratur. 

Ketirisan masa akan diketahui jika aktiviti tidak dapat dilakukan dengan lancar.

Akhir sekali menukar rutin tidur supaya tidur awal dan bangun awal.

Waktu tidur yang efisien dan efektif bersifat subjektif kepada setiap orang.

Jika bangun awal, maka banyak aktiviti boleh dilakukan secara 'advance' pada hari tersebut.

Itu sahaja perkongsian saya dan semoga ada manfaat juga pada orang lain.

Orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang menjadi insan kesayangan Allah SWT.

Wallahualam.

Nota kaki:

Seronok juga menulis artikel tanpa memikir aspek SEO. Cepat siap dan banyak masa untuk kerja-keja lain pulak.