Saya cuma nak rekodkan sesuatu dalam blog ini. Perkara tersebut adalah undang-undang masa untuk saya iaitu 7am to 10pm only.
Saya menetapkan hanya ada digital connection atau online time hanya bermula 7 pagi dan berakhir 10 malam.
Dalam tempoh tersebut saya sedaya upaya untuk menyelesaikan tugasan, membaca mesej Whatsapp dan kerja-kerja digital secara produktif.
Luar daripada waktu di atas, saya akan berusaha menjauhkan telefon, gajet dan komputer dari jangkauan tangan, fikiran serta perasaan.
Alasan utama demi kesihatan mental dan fikiran dalam jangka masa panjang.
Alasan sampingan untuk menikmati masa lebih berkualiti dan efisien.
Bagaimanapun ianya terkccuali jika ada kes kecemasan atau perkara yang tidak dapat dielakkan.
Berdasarkan pada waktu 10 malam hingga 7 pagi didapati waktu tersebut kurang produktif.
Jadi inilah peluang terbaik untuk fokuskan masa kepada diri sendiri, keluarga dan Allah SWT.
Kita dikurniakan Allah SWT 24 jam sehari dan pastikan waktu ini digunakan kepada perkara yang bermanfaat dan berguna kepada diri sendiri dan insan sekeliling.
Semoga saya dan anda semua boleh juga istiqamah menjaga dan mengurus waktu sebaik yang mungkin.
Mudah-mudahn boleh menjawab di padang Mahsyar kelak tentang penggunaan masa ketika hidup di dunia.
Sekian sahaja perkongsian kali ini dan harap ada juga manfaat untuk anda juga.
NOTA KAKI:
Masa adalah nyawa dan kealpaan mengurus masa akan menyebabkan hari yang berlalu menjadi sia-sia.
8 Comments
Semoga tuan dapat laksanakan gadget time ni mengikut masa. Saya masih terbelenggu. Taknak buka twitter, tanak membaca di twitter. Tapi akhirnya jari saya sendiri akan buka twitter. Lalu masa saya terbuang macam aipr paip yang tak ditutup..hurm
ReplyDeleteperkara yang amat mencabar bagi hampi semua orang ialah mengawal diri sendiri...apa-apapun boleh mulakan sesuaru dengan perlahan-lahan tanpa tindakan drastik
DeleteYe la, kalau dah dok mengadap henfon tu, bila masa pula nak spend time dengan keluarga, atau buat benda lain lebih berfaedah, kan. Kena disiplin diri dalam mengurus masa.
ReplyDeleteyalah kan...perlu adil dalam mengurus masa...tak akan menghadap telefon sepanjang hari berbanding muka anak-anak atau pasangan...jom jadi bijak dan cakna mengurus masa
Deletemudah mudahan usaha dan niat ini istiqamah... dan sy boleh ikut contoh...
ReplyDeletesetakat ini saya masih stick dengan law tersebut dan menikmati masa yang sangat berharga
DeleteSemoga dipermudahkan dan sentiasa istiqamah
ReplyDeleteaamiin...mok istiqamah ya paling mencabar rasanya...
Delete