Alangkah Bahagianya Jika Masih Bujang

20160915_120026

Wow.Sentap juga tajuk entri Alangkah Bahagia Jika Masih Bujang.

Sejujurnya mrhanafi tidak menggalakkan budaya tidak berkahwin di kalangan muda-mudi.

Sebab perkahwinan adalah fitrah semulajadi manusia dan sunnah para ambia buat umat Islam.

Dah jelas berkahwin merupakan cara kelangsungan hidup yang lebih tertib dan sempurna sifatnya. 

Namun ada beberapa perkara yang perlu difikirkan jika anda masih bujang ketika ini.

Tak kira anda seorang jejaka atau wanita.

Sukar juga untuk dinafikan masih bujang ada kebahagiaan yang tersirat dan tersurat.Berikut adalah pandangan peribadi mrhanafi berkaitan perkara tersebut.Perlu dijelaskan ia adalah sekadar pendapat dan belum tentu benar atau tidak.

Tak setuju atau bersetuju adalah hak pembaca yang membuat penilaian berdasarkan kewarasan akal sendiri.

1.Peluang untuk berbakti kepada ibu bapa

Orang bujang boleh berbakti kepada ibu bapa dengan capaian waktu penuh.

Maksudnya peruntukan masa lebih kepada mereka. Bukan setakat masa,wang ringgit, tenaga dan kasih sayang bukan menjadi persoalan.

Gembirakan hati ibubapa dan minta doa mereka untuk mendapat keberkatan dalam hidup ini.

In shaa Allah dengan redha ibu bapa kita akan dapat rasa bahagia.

2.Peluang untuk membina kejayaan diri

Masih bujang maka banyak masa untuk bekerja dan berusaha mencari duit.

Paling tidak pun terus mencuba memperbaiki tahap kewangan peribadi.

Kejayaan boleh dijana dengan mempelbagaikan sumber pendapatan.

Semua ini boleh dilakukan tanpa kekekangan kerana banyak masa.

Orang bujang katakan. Waktu bujang beginilah bajet diperuntukan untuk diri sendiri boleh mencecah 100 peratus.

Jangan lupa untuk menyisihkan kepada simpanan dan perlindungan berbentuk takaful.

3.Peluang untuk mencari pasangan yang terbaik

Jangan terburu-buru memilih pasangan hidup.

Tersalah pilih merana sepanjang hidup. 

Soal cinta bukan penentu kebahagiaan,

Alam bercinta dan alam berumahtangga ada perbezaan.

Malah ketika bercinta akal manusia hilang kewarasan untuk menilai mana yang baik atau mana yang buruk.

Pasangan yang terbaik apabila ada persefahaman dan sanggup merendahkan ego diri sendiri untuk kebahagiaan bersama.

Peluang mencari pasangan terbaik ini pasti mengambil masa dan sebagai orang bujang harap bersabar la ye.

Mrhanafi yakin cabaran utama orang bujang ialah mengawal nafsu untuk berkahwin manakala cabaran orang berkahwin untuk menjadi bujang semula jika mendapati perkahwinan tidak seperti yang dibayangkan sebelum berkahwin.

Itulah dunia dan yang pasti dunia adalah permainanan serta pentas untuk menguji keimanan dan ketakwaan masing-masing.

Jika belum berkahwin maka cari bahagia sebagai orang bujang dan jika dah berkahwin cari kebahagiaan dalam perkahwinan.

Usahakan sedaya upaya.

Yakinlah dihujung terowong nanti ada sinar yang menanti iaitu sinar bahagia.

NOTA KAKI:

Artikel ini pernah disiarkan pada 19 Disember 2016.

0 Comments