Broken link atau pautan yang mati tidak bagus untuk SEO blog.

Dalam ertikata yang lainnya, broken link meninggalkan pengalaman kurang seronok kepada pencari maklumat kepada blog kita.

Namun benda alah tersebut tidak akan mengganggu keseluruhan prestasi SEO blog, cuma mengurangkan kualiti pada pandangan Google.

Saya percaya termasuk saya sendiri tidak peduli broken link ini.

Ada atau tidak...lantak la.

Itu dulu dan sekarang tidak lagi.

Jika pengguna Wordpress, ada satu plug in yang boleh digunakan untuk memcari dan membuang broken link ini.

Plug in tersebut ialah Link Checker.

Setelah menggunakan Link Checker, kini blog utama saya bebas daripada  broken link.

Banyak masa juga diperlukan untuk membuat cara manual.

Ada cara automatik, tetapi saya belum terokai sepenuhnya.

Proses membuang broken link ini menjadi tugas tambahan saya memperbaiki prestasi blog mrhanafi.com


Nota kaki: 

Kini baharu saya faham, ada blog yang hanya untuk aktiviti santai dan ada blog betul-betul digunakan untuk menjana pendapatan pasif.

Selamat berblogging semua.