Ternyata bukan mudah untuk jatuh cinta. Walaupun bukan semua orang ada ciri-ciri demikian.
Namun untuk melupakan cinta terlebih payah dan terasa gentir.
Itulah satu ujian kepada hati agar terus kuat dan tabah menghadapi dugaan yang bertali arus.
Orang kata sekali air bah maka sekali pantai berubah.
Ewah. Intro bukan main lagi.
Itulah yang sering bermain dalam hati dan perasaan orang-orang muda sekarang ini.
Maaf la ye.
Mrhanafi tidak termasuk dalam orang muda.
Cuma hati muda sahaja.
Apa yang bagusnya kalau cinta beralih arah ialah proses pembelajaran tentang erti kehidupan.
Kita belajar untuk mendapat yang terbaik.
Kita belajar untuk sesuatu yang baru. Kita belajar untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Akhir kalam,hidup adalah pentas untuk mencari cinta,menikmati cinta dan mensyukuri cinta terutama cinta kepada Allah SWT.
Cinta sewajarnya diletak pada tempat yang sesuai.
Tiada tempat yang paling sesuai kecuali kepada sang Pencipta seterusnya kepada pembawa Risalah.
Selepas itu barulah kepada kedua orang tua dan akhirnya sekali kepada kekasih hati yang sudi menemani hidup kita di dunia dan akhirat,
Namun sebelum itu pastikan ada duit dulu. Ada duit maka ada cinta.
NOTA KAKI:
Artikel ini pernah diterbitkan pada 2 Jan 2017
0 Comments