Saya cari merata tempat dalam rumah. Tak jumpa-jumpa. Sana dan sini mencari. Selongkar di segenap penjuru rumah.
Akhirnya masih tak jumpa-jumpa. Seingat saya telefon itu memang ada dekat rumah. Bukan kat luar atau ke mana-mana. Tapi tak la tuduh sapa-sapa yang ‘sudi’ mengambilnya.
Sehingga hari ini saya masih sedih.
Bukan apa. Dalam telefon itu terselit satu nombor penting.
Sangat-sangat penting kerana ketika ini saya dalam proses tansformasi dari talian biasa ke talian yang menjana wang.
Sudah pasti downline tengah cari dan menunggu respon saya.
Cabaran kedua pula saya masih menunggu kadsim Bestmobile untuk sampai ke tangan empunya badan.
Menurut info dari Pos Malaysia bungkusan tersebut sudah selamat sampai pada 8 Mei 2015 dan telah diterima oleh seseorang.
Ini bermakna saya perlu jejak orang tersebut secepat yang mungkin.
Mereka tak salah. Sebab sekarang saya tidak dapat dihubungi.
Saya mesti hubungi mereka supaya tak nak mereka susah hati sebagaimana saya yang tengah susah hati sekarang ini
Implikasi telefon yang hilang menyukarkan saya.Namun saya anggap satu cabaran yang perlu dihadapi dengan ‘cool’.
Kepada rakan-rakan yang mengenali saya tolong doakan segala urusan ini dipermudahkan.
Sehingga jumpa lagi.
Nota kaki:
Artikel ini telah diterbitkan pada 13 Mei 2015. Kes kecurian ini agak mengejutkan kerana berlaku dalam rumah sendiri. Sehingga kini belum ada orang yang mengaku mencuri telefon tersebut
0 Comments