Seharian saya 'mengerjakan' blog utama sehingga lahirnya blog backup ini.
Blog utama iaitu mrhanafi.com akan kurang dikemas kini.
Blog tersebut ada limitasi dengan disk space usage.
Sebagai jalan penyelesaian jangka pendek, saya telah padam banyak plugin yang kurang digunakan.
Selepas itu saya masukkan plugin yang boleh mampatkan imej sedia ada.
Beberapa theme yang tidak digunakan juga telah padam.
Saya faham tindakan ini belum jadi penyelesaian tuntas namun boleh buat sementara waktu.
Dalam masa yang sama saya juga telah berjaya muat naik artikel bertajuk Manfaat makan kismis setiap hari…ada 5 manfaat tapi nombor 5 paling gempak
Sehingga ke detik ini, saya mengambil keputusan untuk hanya kemas kini artikel yang betul-betul ada carian di Google menggunakan blog tersebut.
Untuk blog ini, saya akan kemas kini secara kerap tetapi secara santai dan bersahaja.
Malah ada dalam perancangan untuk memindahkan artikel yang tiada nilai SEO ke blog ini sebagai fail sandaran.
Itupun kalau ada masa dan kerajinan.
Itu sahaja perkongsian kali ini.
6 Comments
Ooo... patutlah url pun bertukar. Saya perasan 2 hari lepas, view blog Encik Hanafi lain, tak macam biasa.
ReplyDeleteini cara terbaik setakat ini...kalau nak upgrate bukan masa yang sesuai lagi
Deletetak apa buat mana2 yang rasa terbaik & berbaloi..
ReplyDeleteyalah kan....itu terbaik pada ,masa terdekat ini
DeleteAlhamdulillah... ok juak bah blogspot tok... xpa, teruskan berkarya di mana anda berada
ReplyDeleteaok...sekali nak berkarya ...sudah juak mok berhenti
Delete