Kawan sangat penting. Tanpa kawan hidup akan rasa kesunyian melainkan anda sudah ada teman istimewa.
Yalah kan. Ada teman istimewa yang sudi untuk berkepit dengan anda siang atau malam.
Opss.Teman istimewa tidak semestinya merujuk orang berlainan jantina. Paling bagus kalau ada kawan yang sudi menangis dan ketawa bersama.
Cuma elakkan kawan kalau makan ramai-ramai tapi bayar sorang je. Lainlah dah jadi tauke. Kira no hal punya.
Media sosial sekarang ini menjadi fenomena yang mengisi segenap ruang kehidupan.
Tidak keterlaluan juga media sosial bagaikan pencuri masa seseorang antara suami dengan isteri, majikan dengan pekerja, adik beradik dan kawan-kawan.
Persoalannya media sosial bagaikan pisau. Jika untuk memotong sayur maka itu tujuan yang baik.
Jika untuk mencederakan seseorang maka tujuan itu membawa kes jenayah.
Saya bukan anti media sosial. Saya merupakan pengguna tahap sederhana. Malah dengan penggunaan media sosial saya boleh berhubung dengan kawan-kawan lama dan baru.
Lebih-lebih lagi sekarang ini saya merupakan blogger. Melalui media sosial saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja.
Dalam masa yang sama media sosial adalah lubuk mencari kawan yang sudi.
Bisnes yang mencari orang tetapi yang sebetulnya cari kawan untuk berkongsi kebaikan adalah murni.
Dia mahu atau tidak adalah hak masing-masing. Sendiri mahu ingat bahawa berkongsi peluang untuk mengubah kehidupan orang lain merupakan kebajikan yang tiada tolok bandingnya.
Teringat saya ayat power seorang leader dalam bisnes networking kira-kira 15 tahun dahulu.
Katanya kita bantu orang lain untuk diri sendiri. Pada dasarnya saya tak berkenan dengan ayat begitu.
Lebih baik kita bantu orang lain kerana nilai keikhlasan.
Sebab orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain adalah orang terbaik antara terbaik.
Media sosial merupakan satu platform terbaik untuk membina jaringan kawan-kawan.
Namun begitu media sosial boleh bertukar menjadi media ‘so sial’ apabila pengguna menjadi kurang bijak.
Nota kaki :
Artikel telah diterbitkan pada 2 Mei 2015 dahulu dan telah dikemas kini agar lebih releva sepanjang masa.
0 Comments