Ketahuilah rahsia handphone yang bikin duit. Dulu-dulu orang tak fikir sangat.
Tapi sekarang dah macam fenomena pulak. Tambahan pulak kos hidup meningkat.
Perbelanjaan bertambah tetapi gaji susah bertambah. Akhirnya manusia berfikir untuk mencari cara bagaimana handphone boleh bikin duit hari-hari.
Senang cerita mesin ala-ala cop duit.
Dunia hari ini macam pelik kalau tiada handphone. Hampir semua orang ada handphone.
Baik kanak-kanak maupun orang tua yang sedang menghitung harinya.
Jadi dengan alat canggih ini (suatu ketika dahulu) adalah keperluan dan kehendak dalam masa yang sama.
Sedar atau tidak dengan penggunaan handphone begitu luas telah mencipta peluang bikin duit.
Bikin duit kepada pengeluar handphone, pemborong dan pengedar. Tak kecuali kepada penyedia perkhidmatan talian yang dari dulu sehingga kini telah mengaut keuntungan sehingga berbilion ringgit.
Duit yang begitu banyak ini telah dinikmati oleh pemegang syer syarikat terbabit.
Pernah ada penceramah (bukan saya) berseloroh mereka mampu tukar tayar dan rim kereta sport hampir setiap tahun.
Fokusnya kepada kita pengguna. Adakah kita terus pasrah berbelanja wang ringgit setiap bulan untuk top up dan cuma diberi ganjaran kredit panggilan dan sms percuma kerana setia.
Nak bagi duit jauh sekali kerana memang bukan polisi mereka untuk bagi duit.Itu terpulang kepada anda.
Saya cuma berkongsikan kesilapan ‘besar’ saya kerana terus menjadi pengguna setia dan bukannya pengguna telco yang bijak.
Segala-galanya sudah berubah.Saya sudah bangun tidur dari mimpi yang begitu indah. Hari hari mendatang saya memilih untuk menjadi pengguna telco yang bijak,smart thinking dan super genius (ayat iklan susu).
Nota kaki :
Artikel ini pernah diterbitkan pada 24 April 2015. Namun untuk blog ini saya telah ubah suai agar kelihatan relevan dengan keadaan semasa.
0 Comments