Baru-baru ini saya tengok satu reel di Facebook mengenai cara cepat untuk mengempiskan perut.
Katanya minum air kosong antara dua hingga tiga liter sehari.
Pastikan air tersebut air kosong sama ada sejuk atau panas.
Antara percaya atau tidak, saya mahu cuba sendiri.
Walaupun saya tahu ia memang ada betulnya kerana menurutnya minum air kosong yang banyak akan menurun selera mahu makan.
Dalam masa yang sama, air kosong tidak mengandungi kalori.
Nota mrhanafi :
Kelemahan minum air banyak selalu ke tandas dan kelebihan pula menjernihkan air kencing.
Bagaimanapun pesakit buah pinggang perlu minum air berdasarkan saranan doktor.
Sehingga artikel ini dicoretkan saya sudah menghabiskan air kosong satu liter.
6 Comments
Minum air kosong ni kira basic troubleshooting untuk badan manusia untuk kembali kepada asas yang diperlukan badan.
ReplyDeleteya tepat sekali tuan...badan juga mengandungi 70 peratus
Deleteair kosong mampu mengurangkan rs craving pd mknn/minuman manis... tp kalau berlebihan air kosong pun x elok jg kan?
ReplyDeletetak elok kepada pesakit buah pinggang...untuk mereka yang normal akan alami selalu ke tandas jer
DeleteBaru tau pesakit buah pinggang tak boleh minum air berlebihan. Tapi memang terbaca kalau nak kurus kena pastikan minum air secukupnya.
ReplyDeleteInfo berkenaan pesakit buah pinggang tidak boleh minum banyak adalah sahih dan boleh dirujuk pada pakar perubahan untuk tingkatkan keyakinan hehehe
Delete