Sejujurnya bukan perkara baru. Dulu pernah buat. Pada masa itu buat panggilan telefon ke atas orang yang dikenali sahaja.
Sekarang buat panggilan ke atas orang yang baru dikenali dan tidak dikenali langsung.
Kaedah ini dinamakan cold calling. Semua perunding takaful yang dah berjaya pasti pernah buat.
Yang belum berjaya pun pernah buat. Tujuan membuat ‘cold calling’ untuk mendapatkan temujanji kepada prospek.
Setakat ini belum pernah mrhanafi menerima panggilan untuk ajak berjumpa. Mungkin akan datang kot.
Mana la kita tahu kerana penerimaan orang terhadap takaful dan semakin terbuka.
Mrhanafi masih dalam proses belajar. Kemahiran masih tumpul. Ada satu kali bergegar lutut sebelum mendail nombor prospek.
Bila prospek dah angkat telefon dijawab mrhanafi salah nombor. Memang lawak juga jadinya.
Dalam masa yang sama nada suara mrhanafi timbul tenggelam.
Butir percakapan mrhanafi tidak jelas biarpun sudah ada skrip ditangan. Ternyata mrhanafi perlu memperbaiki kelemahan ini.
Jauh dalam hati senang lagi menjadi penulis blog.Tulis sahaja dan rajin untuk mencari bahan penulisan.
Tugas sebagai perunding takaful memang banyak. Antaranya seperti buat panggilan kepada prospek. Lagi banyak membuat panggilan maka lagi tajam kemahiran bercakap untuk mendapatkan temujanji.
Perjuangan masih diterus. Selamat membaca semua.
[Nota mrhanafi]
Pernah juga merasakan bagaimana menjadi perunding takaful tetapi tidak dapat close seorang pun.
Artikel ini pernh diterbitkan 28 Februari 2017
0 Comments