Berat badan saya berjaya turun 1.5kg dalam masa 15 hari.

Mungkin ada yang ingin tahu bagaimana saya boleh menurunkan berat badan sebegitu dalam masa cuma dua minggu.

Tiada rahsia.

Tiada produk yang ajaib.

Saya cuma mengamalkan diet peribadi yang telah saya lakukan pada 1 Jun 2023 yang lepas.

Dalam diet peribadi tersebut saya telah potong gula, kurangkan makanan berminyak dan mengelakkan makanan bertepung.

Sejujurnya saya tidak dapat mematuhi 100 peratus diet  tersebut tetapi kejayaan boleh dikatakan dalam 80 peratus. 

Selain itu buat saya senaman angkat berat di gym tiga kali seminggu dan dua hari senaman berjalan kaki selama 30 minit.

Tidur pula sebelum pukul 12 malam dan pastikan bangun sebelum 6 pagi.

Itu sahaja amalan yang saya buat sehingga dapat turun berat badan 1.5kg dalam masa yang singkat.

Persoalannya ini, adakah berat badan saya terus turun, kekal atau naik selepas 15 hari ke depan.

Sama-sama kita tunggu perkembangannya pada hujung bulan nanti.

Insha Allah.

Follow rapat-rapat blog ini untuk perkembangan seterusnya.

Nota kaki :

Blog ini saya tidak letakkan sasaran tinggi untuk page view. 

Cukupkan sesama geng blogger yang datang bertandang dan meninggalkan komen agar saya dapat membalas kembali kunjungan tersebut.