Saya selalu ingatkan diri sendiri bahawa saya hanya ada 24 jam sehari .

Tidak lebih dan tidak kurang.

Semua sama iaitu ada 24 jam.

Namun apa yang berbeza dan paling ketara adalah cara penggunaan masa tersebut.

Ada orang yang membahagi masa dengan bijak dan cakna sekali,

Cara mereka bekerja amat pantas, berproduktiviti tinggi dan  sangat efisien.

Malangnya ada juga yang tersasar atau masa mereka diambil oleh orang lain sama ada secara rela atau tidak sengnaja.

Masa lapan jam biasanya digunakan untuk berusaha mencari rezeki dalam memenuhi keperluan asasi.

Dalam pada itu ada juga mereka yang sangat beruntung kerana bekerja atau tidak bekerja duit masuk setiap jam waima masa tidur sekalipun.

Mereka ada pendapatan pasif.

Realiti kebanyakan orang terpaksa bekerja lebih daripada 12 jam sehari termasuk persiapan dan perjalanan ke tempat kerja.

Bayangkan masa yang berbaki tersebut,

Tentulah amat sedikit dan ia tentu menjejaskan kualiti kehidupan seseorang baik secara jasmani mahupun rohani.

Nota mrhanafi:

Cukuplah bebelan dan catatan hari ini. Lepas ini saya terpaksa mengorbankan masa luar waktu bekerja untuk menyiapkan tugasan tambahan.

Kesilapan sendiri kerana banyak masa semasa bekerja terpaksa digunakan untuk menyiapkan tugasan tambahan.

Tugasan hakiki dan tugasan tambahan secara realitinya tidak cukup dalam masa lapan jam.