Entah macam mana terlintas dalam fikiran saya tentang perkara ini. 

Perkara tersebut ialah asas orang jadi kaya kerana banyak memberi manfaat kepada orang lain dengan izin Allah SWT

Selepas manfaat itu dinikmati orang lain maka kekayaan akan datang pada pemiliknya.

Saya ambil contoh.

Google banyak memberi manfaat kepada manusia bermula daripada enjin carian, email dan Youtube.

Google menyediakan platform kepada orang ramai untuk berkongsi maklumat, data, informasi, gambar, video dan ilmu kepada ratusan juta manusia.

Hasilnya pengasas dan pemilik Google jadi bilionaire.

Begitu juga dengan pemilik Meta atau pengasas laman sosial seperti Facebook.

Lihat berapa ramai pengguna di Facebook menggunakan secara percuma.

Syarikat Meta hanya mengenakan bayaran pada iklan dan ia menjana pendapatan yang amat lumayan.

Ia hanya sekadar dua contoh yang terang lagi nyata.

Banyak lagi sebenarnya.

Fokus utama di sini ialah apabila memberi manfaat kepada orang maka potensi untuk jadi kaya amat tinggi.

Nota mrhanafi

Dalam Islam, berbuat kebaikan dapat pahala.

Lagi banyak kebaikan maka lagi banyak pahala yang boleh diperolehi.

Namun Allah Maha Bijaksana, kebaikan yang kita hulurkan kepada seramai mungkin orang lain akan Allah gantikan dengan kekayaan di dunia ini dan pahala di akhirat sana.

Sebab itu orang bersedekah sentiasa murah dengan rezeki sehingga kekayaan melimpah ruah.

Wuallahualam.