Mengaplikasi sikap berhati-hati


Sebagai orang awam atau orang kebanyakan, perbuatan menyampai sesuatu  perkara yang bersifat keagamaan perlu berhati-hati.

Tersalah penyampaian memberi impak yang negatif kepada pemahaman dan tindakan orang ramai.

Hanya orang yang ahli dalam bidang berkaitan boleh mengulas, mengupas dan memberi pandangan yang komprehensif.

Trend zaman now begitu ramai pendakwah baik secara bertauliah atau tidak menyampaikan ilmu agama menggunakan platform media sosial.

Kita wajar berfikir secara analitis apabila mendengar atau membaca ilmu tersebut.

Kita tidak boleh terima pandangan mereka bulat-bulat atau menolak mentah-mentah sesuatu perkara tanpa bersandarkan kepada asas pemahaman agama.

Sudah tentu mengundang bahaya kepada mereka yang cetek pengetahuan agama.

Jika kefahaman tersasar dari jalan yang benar dan sahih tentulah amalan tidak sah. 

Sebab itu jangan berat hati untuk mengikuti kuliah agama yang dianjurkan di masjid atau majlis ilmu oleh pihak yang berautoriti.

Belajar secara maya memang berbeza berbanding belajar secara fzikal.

Ilmu memang dapat namun keberkatan belum pasti.

Dengan belajar cara fizikal, boleh membentuk sikap berhati-hati dengan penerimaan sebarang ilmu.

Lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan agama Islam.

Wallahualam.

Nota mrhanafi:

Saya jenis slow learner tetapi saya bersyukur jika sudah memahami perkara tersebut, saya boleh ingat walaupun kekadang ada perkara lain yang boleh saya lupa.

8 Comments

  1. Setuju sekali Pak, perlu kehati-hatian dalam menyampaikan sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam, karena kalau penyampaiannya salah dan orang lain yang mengikutinya juga akan ikut salah dan terjadilah kesalahan berantai, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesalahan berantai itu satu hal..dan dosa juga boleh berantai

      Delete
  2. ustaz don penah ckp.kalau nk betul2 belajar agama.. tu dtg ke msjid o surau dgr kuliah yg disediakan pihak masjid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sebaiknya...kalau dengar di Youtube atau live Facebook...bukan tidak boleh cuma dikhuatiri ilmu yang disampaikan kurang tepat atau meragukan

      Delete
  3. Saya biasanya diam je, walaupun kadang-kadang ada rasa nak mengomen, sebab takut tersalah cakap. Sudah lama tak join ceramah masjid. Lebih banyak ikuti kuliah online je, sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diam itu tanda orang yang bijak dan jika ada keraguan jangan diam sahaja kerana dalam bab agama wajib ada kepastian

      Delete
  4. abe kie sentiasa berhati2 di jalanan. tp dlm berhati2 tu kdg-kala kena gak xcdent kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga tabah dan sabar selau abe..hidup memang macam tu...pasti saja ada ujian

      Delete