Saya timbang lagi berat badan pada 15 Julai 2023.

Didapati penurunan yang sedikit dan perlahan.

Berita baiknya penurunan ini sudah hampir ke angka berat badan yang ideal.

Maksudnya aktiviti kecergasan saya jangan berhenti dan jangan pula digandakan.

Makan pula kekal kepada empat kali sehari.

Jumlah portion makanan pula jangan kurang dan jangan berlebihan.

Jika berjaya mengatasinya, saya akan kekal dengan berat badan yang ideal sekarang ini.

Insha Allah.

Nota mrhanafi 

Sejak bulan Jun sehingga kini. aktivti harian saya cukup sibuk.

Masa yang lapang dan terluang sangat terhad.

Atas sebab itu rutin blogging sedikit terganggu.

Pendek kata, masa banyak di luar dan atas jalan raya.

Rumah hanya untuk berehat malam sementara menunggu hari siang.

Kesibukan dan kepadatan aktiviti begini mempengaruhi berat badan juga.