Setahu saya Tesla adalah jenama kereta elektrik yang dimiliki oleh Elon Musk.
Entah mengapa Tesla terkait dengan nama manusia pulak.
Ketika saya berada di sebuah masjid , saya ada ternampak kata-kata pujangga yang hebat.
Saya tertarik dan teruja sehingga saya teringat walaupun saya sudah pulang ke rumah.
Menurut kata pujanga tersebut:
" Kalau nak dapat tenang, jangan cari cerita manusia tetapi carilah cerita tentang Allah. "
Mengikut cerita Tesla yang tular kini, ternyata ia banyak membawa keresahan berbanding ketenangan.
Warga netizen bagi pendapat dan komen yang pelbagai versi.
Itu contoh jelas cerita manusia yang ramai orang suka berkongsi berbanding cerita Allah.
Cerita Allah tentang kebesaran, kehebatan dan keagunganNya yang tiada tolok bandingnya.
Cerita Allah mencakupi alam semesta, dunia sekarang dan dunia lepas kematian.
Kalau cerita Tesla?
Nota mrhanafi
Saya teringin juga memiliki elektrik jenama Tesla bukan kerana nak glamer tapi nak pastikan kereta yang mesra dengan alam sekitar.
Sekadar teringin saja dan bukan impian yang mengila.
Bawa kereta Azia Type R pun kira memadai.
2 Comments
Nak beli Tesla boleh je....err citer ni takde kena mengena dengan citer 'abg Tesla' kan?. Bagus juga kereta ni mesra alam sekitar. Bahan-bahan pembuatannya tentulah mahal jadi harga kereta pun mahal. Kalau ada rezeki lebih boleh ajer.
ReplyDeletesaya dah lama minat dengan konsep kereta elektrik kerana faktor alam sekitar ...artikel ini sebolehnya elak daripada kisah yang viral tu hehehe
Delete