Saya faham ramai di kalangan kita tengah atau sedang diuji dengan keadaan kewangan yang nyawa-nyawa ikan.
Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi kurang menentu dan kos hidup yang semakin meninggi setiap hari.
Memang usaha anda sudah berada pada tahap maksimum tetapi belum lagi menampakkan hasilnya.
Jika begitu apa kata kita sama-sama buat dua amalan yang cukup mudah ini.
In shaa Allah dengan kesungguhan, keyakinan dan konsistan, rezeki kita semakin hari semakin luas dan segala hajat Allah makbulkan baik di dunia mahupun di akhirat.
Mari saya kongsikan dua amalan hebat tersebut yang saya perolehi dalam media sosial.
1.Amalan meluaskan rezeki
Amalan tersebut adalah dengan membaca satu kali surah Al- Fatihah dan surah Al Ikhlas tiga kali semasa perjalanan balik ke rumah.
Ketika masuk dalam rumah pula beri salam dan baca selawat.
Itu sahaja yang diperlukan.
Untuk lebih yakin boleh tonton sendiri video Tuan Sujimy
2.Amalan makbul segala hajat
Amalan ini pula lagi mudah untuk anda amalkan.
Cuma cabaran yang bakal dihadapi mungkin keyakinan dan istiqamah.
Caranya dengan membaca nama Allah SWT iaitu Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 1000 kali selepas solat hajat.
Nyatakan hajat kepada Allah SWT dan serah serta tawakal kepadaNya.
Pautan amalan tersebut dalam video Bengkel Rezeki
Nota mrhanafi :
Dalam kehidupan harian saya sangat percaya bahawa setiap perkara yang berlaku ada terselit hikmah terindah.
Ujian hidup susah ada kebaikannya yakni membentuk sifat sabar dan cekal.
Bahkan Allah bersama orang yang bersabar.
Setelah hidup senang jangan lupa dengan sifat syukur.
Dengan bersyukur maka Allah akan tambah nikmatNya.
Wallahualam dan semoga bermanfaat.
14 Comments
tq for sharing...smoga diperluaskan rezeki kita smua ...aamiin
ReplyDeleteaamiin dan semoga ada manfaat untuk kita semua
DeleteWah! Ada link video lagi! Terima kasih!
ReplyDeleteya...untuk rujukan saya dan pembaca juga..lebih yaklin berdasarkan sumber yang sahih
Deleteterima kasih atas tazkirah yg disampaikan.
ReplyDeletesama-sama Abam Kie..moga ada manfaat untuk kita semua
Deleteterima kasih berkongsi. yg no 1 tu dato dr fadzilah kamsah selalu pesan.
ReplyDeleteada lg 1 amalan plg mudah utk tarik rezeki. dikongsi oleh seorg jutawan muda di penang. dia kata, dia amalkan bgn sblm subuh dan baca zikir subhanallah 33x, alhmdulillah 33x dan allahu akbar 33x
slmt beramal
waktu sebelum Subuh amat musajab untuk berdoa juga...ramai yang masih lena diulit intan pada masa tersebut
DeleteTerima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeletesama-sama dan moga ada manfaatnya
DeleteNice sharing.. nmpk mudah jak amalan tok mudahan kita istiqamah
ReplyDeleteteori kedak mudah tapi mok praktikal ya bukan mudah untuk semua orang ..apa-apapun boleh la cuba jika memerlukan
DeleteTx Abang... Intinya memang selalulah ingat Allah, banyak zikir, banyak syukur, insyaallah ditambahkan rezeki kita. Toh yg maha pemberi rezeki hanya Allah juga
ReplyDeleteItulah inti pati dalam beribadah...dengan ingat Allah makan rezeki akan ;ancar dan mudah kepada hambaNya
Delete