Saya dapat tahu amalan menjemput duit ini daripada buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Apakah amalan tersebut ?

Mudah saja pada teori tetapi pada praktiknya tidak semudah yang dijangkakan.

Pada setiap hari Jumaat lakukan amalan bersedekah duit.

Bagi golongan lelaki Muslim inilah kesempatan terbaik untuk masukkan duit dalam tabung masjid dengan jumlah tertentu.

Untuk golongan Muslimat pula, boleh sedekah secara dalam talian kepada mana-mana tabung masjid.

Minggu pertama sedekahkan RM100 ( ikut kemampuan) .

Minggu kedua gandakan jumlah tersebut menjadi RM200 dan sehingga ke minggu keempat iaitu RM400.

Lakukan setiap minggu pada hari Jumaat.

Sebaik-baiknya jadikan amalan ini sebagai rutin dan ikhlas kepada Allah SWT.

Hasil dan keputusannya lihatlah sendiri.

Nota mrhanafi

Menurut buku yang saya baca, pengamalnya mengalami hasil jualan yang menguntungkan iaitu RM4000 sehari.

Perniagaan kecil-kecilanya mendapat untung sebesar itu pasti memberi rasa takjub kepada sesiapa sahaja.

Bagi mereka yang menyakini kudrat dan iradat Allah SWT bukan sesuatu yang luar biasa.

Bersedekah mengundang rezeki yang berkali lipat ganda balasannya.

Wallahualam.