Masa itu hidup kerana sentiasa bergerak ke depan dan tidak mungkin menoleh ke belakang.
Sekali terlepas, maka ucaplah selamat tinggal kerana masa yang terlepas mana mungkin dapat diganti balik.
Saya akui dan mungkin juga rakan-rakan pembaca yang lain merasakan kalau boleh ada lebihan masa untuk disimpan dan digunakan pada masa hadapan.
Realitinya tidak dapat sama sekali.
Masa ada aturan dan kitaran tersendiri.
Namun saya faham, tidak semua ambil kisah berkaitan masa.
Lantak sajalah, life must go on....gitu !
Sekarang saya kongsikan dua tip untuk menakluk masa agar kita sentiasa on track dan tidak terbabas masa terlalu jauh.
Tip pertama : Pantas dan cekap
Ketika buat kerja atau tugasan maka lakukan dengan pantas dan cekap.
Masa boleh dijimatkan dan kerja pula lebih lancar.
Lebihan masa boleh digunakan untuk menyiapkan perkara yang lain pula.
Dalam bekerja dengan pantas dan cekap. kalian perlu fokus dan peka.
Minda sebaik mungkin dalam keadaan mindfulness.
Pantang larang yang lain ialah jangan bertangguh kerana sikap bertangguh akan memberi tekanan kepada diri sendiri.
Tip kedua : Plan and action
Saya tengah berusaha untuk buat perancangan dengan catatan dan bertindak berdasarkan perancangan tersebut.
Memang leceh dan rasa terikat.
Namun ia jauh lebih baik dari buat secara impromtu atau secara terjah sesuka hati.
Cuba perhatikan bos-bos besar, mereka ada setiausaha, pembantu peribadi dan pemandu untuk melancarkan tugasan harian.
Jadi fikiran mereka tidak berserabut untuk memikirkan sorang-sorang.
Oleh itu jika nak jadi bos kepada diri sendiri walaupun tidak besar mana, maka lebih baik rancang aktiviti dengan bijak dan berhemah.
Nota mrhanafi
Menakluk masa bukan perkara baharu.
Namun ada yang gagal dan culas dalam menakluk masa kerana sikap, cara fikir dan keupayaan bertindak.
Mungkin dua tip di atas belum dikuasai sebaik mungkin.
Bukan orang lain dan saya sendiri termasuk dalam golongan tersebut.
Selamat berfikir dan beramal.
2 Comments
Menakluk masa uncle tak pandai... Tapi menakluki hati mu unce pandai lah.... Eceh!
ReplyDeletewah..hebat tu uncle..bukan semua mamou berbuat demikian hehehehe
Delete