Sangat jarang saya buat amalan hari tipu diet atau cheat day.

Saya buat kerana terpaksa atau rasa teringin untuk makan apa yang telah saya larang dalam program diet peribadi.

Bukan setiap minggu dan dalam sebulan pasti ada sekali dua.

Dalam hari tipu diet biasanya saya akan makan dalam kuantiti yang sedikit.

Antaranya mi segera, kuih-muih dan minuman bikarbonat.

Selepas makan saya akan tekad dan usaha untuk teruskan aktivti kecergasan.

Dalam erti kata lainnya tiada ponteng atau culas untuk aktiviti membakar kalori..

Bak kata influencer terkenal, pendirian mesti firm and stern. dalam bab kesihatan.

Nota mrhanafi

Tengah bulan ini saya timbang berat lagi.

Jika berat badan naik maka usaha program diet peribadi saya akan lebih ketat.

Sebaliknya jika turun maka program diet peribadi lebih longgar dan fleksibel.   

Begitulah cara saya memantau tahap kesihatan agar sentiasa berada pada BMI yang ideal.  

Bukan untuk orang lain dan kejujuran diri sendiri itu amat dituntut.

Semoga bermanfaat.