Secara logiknya manusia tentu tidak suka atau tidak mahu mati.
Kalau boleh dapat hidup selama yang mungkin dan tidak mati buat selama-lamanya .
Apatah lagi jika kita sudah memiliki segalanya seperti rumah besar, kereta mewah, duit banyak dan kesihatan yang terbaik.
Namun mati itu pasti.
Cuma masa, bila dan bagaimana saja yang kita tidak ketahui.
Itulah kehidupan dunia yang sifatnya hanya sementara.
Pelik tapi benar, perkara yang sementara itu kita kejar dan usahakan mati-matian sehingga tidak ingat mati itu semakin hari semakin dekat.
Seandainya ada di antara kita yang sentiasa ingat mati maka rezeki buatnya.
Tapi ingat mati dengan memperbaiki amalan dan mempertingkatkan iman.
Dalam masa yang sama, sedaya upaya menyesali segala dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
Menyesal dan bertaubat.
Bukan menyesal tetapi buat lagi.
Walaupun begitu...lebih baik daripada tidak bertaubat langsung dan tidak ingat mati.
Nota mrhanafi
Berbicara dan berceloteh tentang mati bukan sesuatu yang seronok.
Maka dengan itu cukup sampai di sini dan berharap saya tetap menulis isu mati ini pada masa yang lain pula.
Selamat mengingati mati walau sesibuk mana sekalipun.
14 Comments
Mati juga pasti
ReplyDeletesangat pasti uncle dan tidak boleh elak sama sekali
DeleteInna lillahi wa inna ilaihi raji'un - Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
ReplyDeleteItulah yang sebaik-baiknya...kita semua kepunyaaan Allah SWT dan tidak kekal di dunia ini tetapi kekal di akhirat nanti
Deletesemoga hidup kita berakhir dgn husnul khotimah..
ReplyDeleteaamiin Ya Rabbil Aalamiin...semoga hidup diberkatikati juga
Deleteterngiang ngiang lagu ni: Ingat mati, ingat sakit, ingatlah saat kau sulit
ReplyDeleteIngat, ingat hidup cuma satu kali
lagu nasyid ini memang menusuk kalbu dan bagus juga saya tempelkan dalam artikel ini...nanti saya buat...in shaa Alllah
DeleteSaya selalu ingat mati bila dah masuk waktu Isyak. Sebab saya selalu tertidur awal. Pastu nak bangun ambil wuduk tu, malas sangat. Bila ingat "kalau aku mati, tak sempat sembahyang, naya". Terus automatik kaki akan pi bilik air. :D
ReplyDeleteAlhamdullilah...inilah dinamakan rezeki mengingati mati...
Deletebetul tu bila bercakap soal mati, terasa keinsafan hadir.
ReplyDeleteantara hikmah apabila mengingati mati ialah rasa insaf dan taubat...rezeki tu
DeleteMati itu bila2 masa sahaja. Moga kita mati dalam keadaan paling baik sekali Allah nak beri. Aamin
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbil aalaamiin...kalu boleh semua dapat rezeki demikian
Delete