Izinkan saya simpan beberapa nota ilmu berkenaan kuliah Maghrib yang sempat saya hadiri dalam artikel ini.
Topik kali ini berkaitan dengan kesan memutuskan silaturrahim oleh Ustaz Norheyree Nordi
Memandangkan saya tidak membawa nota maka saya cuba sedaya upaya untuk mengingat kembali beberapa ilmu tersebut.
Silaturrahim yang terdekat berkait rapat dengan kaum kerabat seperti ibu bapa, adik beradik, sepupu sepapat dan sebagainya.
Punca putus silarurrahim:
1.Perebutan harta benda
2.Perbezaan fahaman politik
3.Perselisihan pendapat
4.Perasaan hasad dengki
Ini kesan buruk jika memutuskan silaturrahim:
1.Hidup hilang keberkatan
2.Tiada rahmat Allah
3.Siksaan sewaktu sakaratulmaut
4.Balasan segera azab di dunia
5.Azab pedih di akhirat
6.Amal ibadah tidak diterima Allah
7.Dilaknat Allah SWT
8.Tidak akan masuk syurga
9.Kesempitan rezeki
Dosa yang segera mengundang bala :
1.Peminum arak
2.Pemutus silaturrahim
3.Pengamal syirik
Nota Mrhanafi
Perkara asas jangan memutuskan silaturrahim terutama dengan kaum kerabat terdekat.
Kalau ada, bersegeralah kembali ke pangkal jalan sebelum ajal menjemput kita.
Ingat bahawa dalam Islam itu kita bersaudara.
Ingat juga bahawa ibadah yang sempurna ialah menjaga hubungan dengan Allah SWT dan manusia.
Semoga nota ilmu ini dapat juga memberi manfaat kepada anda semua.
8 Comments
Janganah sampai putuskan....
ReplyDeleteYa betul Uncle mahu jaga betul-betul silaturahim ini
DeleteBagus juga bila hadir kuliah dan kita mencatatnya pula untuk bacaan orang lain. Sampai-menyampai itu disuruh di dalam Islam.
ReplyDeleteInilah kelebihan blogger..ada platform untuk menulis dan berkongsi ilmu
Deletethank you for sharing this
ReplyDeletesama-sama...moga ia ada manfaat untuk kita semua
DeleteAdakalanya hubungan tu yang menjadi renggang sampai kita pun tak tau nak buat macamana untuk jalinkan semula.
ReplyDeletebiasanya hubungi balik dengan bertanya khabar...jangan bawak urusan bisne pulak
Delete