Saya tengah berusaha mencari idea untuk konten blog Himpunan Jurnal Digital.
Selagi tidak jumpa, selagi itulah saya tidak akan kemas kini blog tersebut.
Biarlah saya menulis secara santai dalam blog ini saja.
Bukan trafik yang dikejar tetapi feel dan mood menulis itu dipertahankan.
Kalau ke laut, itu bahaya.
Sukar untuk saya kembali dan lama-kelamaan boleh hilang dari radar.
Sedang saya mencari bahan dalam media sosial, saya terjumpa satu video Reel tentang topik usia lepas 40 tahun.
Pempengaruh itu kata dalam video Reel, jika berusia begitu lepaskan dunia secara perlahan-lahan.
Jangan mengejar dunia bagaikan tidak ingat akhirat.
Gunakan masa yang ada untuk perbaiki amalan, iman dan persediaan menghadapi alam kubur serta akhirat.
Saya tidak bantah 100 peratus.
Saya tidak patuh 100 peratus.
Itu pendapat beliau.
Saya cuma berfikir secara analisis dan kritis.
Saya akur tidak terima bulat-bulat selagi mampu berfikir dengan akal dan menimbang dengan perasaan.
Cuma saya bersetuju dengan pendapat beliau untuk lalui dan nikmati sahaja kehidupan ini.
Nota mrhanafi
Lalui dan nikmati bermaksud reda dan pasrah dengan ketentuan Allah SWT.
Kerja manusia cuma usaha sungguh-sungguh dan doa penuh harapan.
Kerja Allah menentukan dan menetapkan apa sahaja menurut kehendakNya.
Semudah itu konsepnya.
Dapat sesuatu ?
6 Comments
Melepasi usia 40an nakkan kehidupan yang tenang-tenang aje. Hadapi apa jua situasi dengan cara yang paling santai..tak mau serabut kepala.
ReplyDeleteYa betul...moga kita semua cool dan santai sahaja hadapi dunia ini
DeleteFeel dengan mood tu penting!
ReplyDeletebukan mudah nak dapat kalau sudah hilang
DeleteUmur 40-an hidup perlu berubah ke arah kebaikan.
ReplyDeleteBaru tauk kitak ada blog lain 😄
Duhal....blog tok pake belasah konten jak....blog sigek ya untuk fokus keyword
Delete