Sewaktu dalam ceramah di masjid baru-baru ini, kami para jemaah ditanya oleh ustaz soalan bonus.
Beliau tanya apakah nikmat yang paling disukai oleh para wanita di dunia dan di syurga.
Dalam fikiran saya ketika itu ada jawapan yang nakal dan jawapan tersebut tidak mungkin saya nyatakan kepada umum hehehehe.
Tanpa menunggu jawapan daripada para jemaah, beliau beritahu nikmat yang paling disukai golongan hawa ialah menjadi cantik.
Kecantikan itu subjektif dan perasaan menjadi cantik hanya mereka sahaja tahu jawapannya.
Itu fitrah yang Allah kurniakan kepada wanita baik dari awal zaman hingga akhir zaman.
Sebaliknya fitrah bagi lelaki suka melihat wanita yang cantik.
Malah mendampingi dan memiliki wanita cantik pula nikmat bagi lelaki.
Menurut ustaz lagi, para isteri yang berada di syurga semakin hari semakin cantik.
Kecantikan mereka mengalahkan para bidadari.
Umum mengetahui, bidadari antara makhluk yang paling cantik di alam syurga namun tidak mampu mengalahkan kecantikan golongan isteri ketika di sana.
Logik juga difikir akal kerana wanita ketika di dunia sudah cantik apatah lagi kalau sudah berada di syurga.
Nota mrhanafi
Jadi memang benar menjadi cantik bagi wanita adalah nikmat paling besar baik di dunia mahupun di akhirat.
Persoalannya kini apakah usaha kita untuk dapat kelayakan dan tiket masuk syurga.
Jadi berusahalah untuk menjadi mukmin dan mukminat yang bertakwa, beriman dan berjuang membantu agama Allah dengan apa cara sekalipun.
Semoga kita semua masuk syurga tanpa hisab suatu hari nanti.
Aamiin Ya Rabbilaalamin.
8 Comments
Sentiasa berusaha untuk menjadi cantik luaran dan dalaman untuk agama, suami dan keluarga.
ReplyDeleteAlhamdulillah...itu memang yang terbaik
DeleteX cantik pun mesti konfiden cantik.. mcm ya lah nak namanya wanita
ReplyDeleteCantik itu subjektif dan yang penting sentiasa ada prasangja baik wama dengan diri seindiri sekalipun
Deletebetul. perempuan suka jadi cantik. kerana yang tak cantik selalu tak pernah mendapat tempat dimana - mana
ReplyDeletetulah yang kesian...kalau lelaki yang berduit akan jadi auto hensem pulak hehehehe
DeleteSetuju, perempuan yang rasa dirinya cantik ialah perempuan yang bahagia hehe
ReplyDeletealhamdulillah...itu adalah fitrah sebagai seorang wanita
Delete