Apabila disebut ujian, maka anda tidak akan lari daripada menghadapi kesusahan, kesempitan dan kemiskinan.
Perlu juga ingat, diberi kekayaan, kemewahan dan kesenangan hidup adalah ujian.
Cuma bentuk dan kaedah ujian yang berbeza.
Ujian ini untuk melihat sejauh mana kita mampu bersabar atau bersyukur kepada Allah.
Dua perkataan.
Sabar dan syukur.
Jadi dalam artikel yang santai ini saya berkongsi salah satu cara untuk melancar rezeki agar mendapat kehidupan yang diingini, lebih sabar dan lebih tenang.
Antaranya mengamalkan selawat.
Selawat itu sendiri ada lebih kurang 4 ribu versi.
Namun selawat yang mudah dan praktikal ialah selawat pohon duit dan selawat Jibril.
1.Cara bacaan selawat pohon duit :
"Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammad, Wa ‘Alaa Aali Sayyidinaa Muhammad" ( lakukan 400 kali selepas Isyak )
2.Cara bacaan selawat Jibril :
"Shallallaahu ‘ala Muhammad" ( lakukan 4444 ribu atau 10 ribu setiap hari)
Nota mrhanafi
Persoalannya kita lebih yakin kepada usaha atau asbab berbanding kepada punca segala asbab yakni Allah SWT.
Namun sebagai orang beriman kita WAJIB menyakini secara tuntas kepada Allah SWT dalam bab rezeki ini.
Mungkin dengan asbab solat, zikir, selawat dan amal baik,
Bahkan tanpa asbab juga Allah boleh beri rezeki kerana Dia Maha Pemberi Rezeki- Al Razzak
Wallahualam.
6 Comments
betul, sabar dan syukur adalah kata kunci....
ReplyDeleteAlahmdulillah itu yang sepatutnya
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Betullah, ada duit ujian, takde duit pon ujian.
ReplyDeleteHidup memg perlukan ujian bagi memantapkan iman
ada ujian maksudnya ada kehidupan untuk kita semua
DeletePerkongsian yang bermanfaat. Terima kasih.
ReplyDeletesemoga ia ada manfaat untuk kita semua
Delete