Berat badan saya terus menurun tetapi dalam keadaan lebih stabil.
Angka ini saya ketahui dengan timbangan berat pada 1 Ogos 2023 yang lepas.
Bagaimana dengan timbangan pahala dan dosa, itu sama-sama kita nantikan di Padang Mahsyar nanti.
Cuma ada ustaz berpesan, mohon doa untuk masuk syurga tanpa hisab.
Aamiin.
Sudah pasti saya berpuas hati dan bersyukur dengan usaha yang dilakukan selama beberapa bulan sebelum ini.
Kini tugas saya cuma memastikan diet peribadi sentiasa konsisten.
Makan tidak berlebihan dan rutin latihan tidak keterlaluan.
Sekadar cukup dan tidak lebih daripada itu.
Begitu juga masa rehat, pastikan ada dan tidak boleh juga terlalu lama.
Semuanya dalam keadaan berpada-pada atau sederhana.
Nota mrhanafi
Untuk memastikan berat badan dalam keadaan ideal, jaga pemakanan dan lakukan aktivti kecergasan.
Sekali lagi saya tekankan untuk kurangkan pengambilan gula, makanan manis dan nakanan proses.
Saya kurangkan saja dan bukan hentikan terus.
Semoga ada manfaatnya.
10 Comments
Uncle jugak yang makin naik....
ReplyDeletebesyukur saja uncle..yang penting sihat walfiat
Deletesemoga berat badan napi akan terus berada pd tahap optimum...
ReplyDeleteaamiin dan terima kasih Abam Kie atas doanya
DeleteTerima kasih atas peringatan. Cuya sebelum ni selalu exercise tapi nampak gayanya kena tekankan pada pemakanan juga
ReplyDeletebuat kombinasi antara makanan dan senaman...hasilnya pasti puas hati
Deletetahniah👍👍👍teruskan beristiqamah
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih atas kata-kata semangat dan dorongan motivasi
DeleteTahniah ye, Encik Hanafi. Semoga terus sihat. Kurangkan saja. Betul, susah nak hentikan terus. Sebab badan masih perlukan gula, cuma dalam kuantiti sederhana.
ReplyDeleteGula memang diperlukan badan kerana ia sumber tenaga segera...cuma jika berlebihan maka mendatangkan mudarat
Delete