Saya seorang Jutawan dan jutawan adalah impian ramai orang. Mana tidaknya jadi jutawan sudah dianggap hidup senang,kaya dan mewah.
Ada kereta berkuasa tinggi dan rumah besar tersergam indah.
Sudah pasti semua orang tak nak hidup susah,merempat dan mengemis.
Harta tiada dan rumah pun tiada.
Minta dijauhkan kerana kemiskinan adalah penyakit sosial yang mengganggu iman dan keyakinan kepada Allah SWT.
Sekitar 5 tahun dahulu saya pernah mengikuti satu sesi ceramah motivasi.
Dalam ceramah tersebut saya dan para peserta yang lain diseru untuk membaca satu puisi yang hebat.
Saya masih ingat puisi ini. Saya berharap saya masih bersemangat untuk membaca puisi Saya Seorang Jutawan
“Jika ditakdirkan dalam dunia ini ada 1,000,000 orang menjadi jutawan maka saya seorang daripadanya”
“Jika ditakdirkan dalam dunia ini ada 100,000 orang menjadi jutawan maka saya seorang daripadanya”
“Jika ditakdirkan dalam dunia ini ada 10,000 orang menjadi jutawan maka saya seorang daripadanya”
“Jika ditakdirkan dalam dunia ini ada 1,000 orang menjadi jutawan maka saya seorang daripadanya”
“Jika ditakdirkan dalam dunia ini ada 100 orang menjadi jutawan maka saya seorang daripadanya”
“Jika ditakdirkan dalam dunia ini ada 10 orang menjadi jutawan maka saya seorang daripadanya”
“Jika ditakdirkan dalam dunia ini ada hanya 1 orang menjadi jutawan maka seorang itu adalah SAYA”
Saya Seorang Jutawan
Sekian.
Semoga kita diizinkan oleh Allah SWT menjadi jutawan di dunia dan diakhirat.
- Kemas kini 31 Ogos 2024
- Kemas kini 16 Julai 2025
0 Comments