Mungkin bagi mereka yang obesiti, penurunan berat 1.3kg dalam 14 hari memang memgembirakan.

Tetapi tidak bagi saya kerana jika penurunan berterusan, saya akan jadi kurus seperti dulu-dulu.

Artikel sebelum ini iaitu Tips untuk turun 1.5kg dalam 15 hari memang betul-betul berkesan saya.

Faktor penurunan ini kerana diet peribadi yang saya lakukan sama seperti sebelum ini.

1.Cut sugar atau potong gula

2.Elakkan makanan bertepung

3.Tiga kali meal dalam sehari.

Namun untuk mengelakkan penurunan berterusan, saya akan ubah sedikit diet peribadi.

Nombor 1 dan 2 akan dikekallkan tetapi nombor 3 akan ditambah menjadi empat kali makan sehari,

Latihan beban seperti biasa dan latihan kardio pula dihadkan kepada dua kali seminggu.

Nota mrhanafi:

Keputusan daripada perubahan diet peribadi ini akan saya umumkan dalam 14 hari dari sekarang.

Insha Allah, semoga urusan dipermudahkan.