Aktiviti kecergasan saya tidak pernah berhenti.
Bermula hari Isnin sehingga Jumaat di gimnasium dan bersambung lagi di tepian tasik pada Sabtu dan Ahad.
Perumahan tempat saya tinggal ada tasik yang telah diubah suai menjadi taman reakreasi.
Pada sebelah pagi dan petang memang meriah dengan kunjungan manusia.
Ada yang berpasangan suami isteri, anak-anak, orang bujang serta anak dara.
Golongan mak cik dan pak cik juga tidak terkecuali.
Pelbagai aksi dan gelagat boleh diperhatikan.
Namun saya tidak memperdulikan perkara tersebut kerana saya ada misi khas.
Misi khas untuk briskwalking selama sejam mengelilingi tasik tersebut yang sudah disediakan trek pejalan kaki.
Rupanya berjalan kaki secara pantas memang meletihkan juga.
Habis sahaja aktiviti ini, saya perlu bergegas pulang untuk menikmati hidangan makan malam sebelum azan Maghrib berkumandang.
Nota mrhanafi :
Dengan aktivti kecergasan ini, masa saya terisi dengan cara yang efektif dan bermakna.
Sihat adalah usaha dan kesihatan itu sangat berharga.
10 Comments
Tasik itu apa ya? Sejenis taman kah?
ReplyDeleteTasik itu merujuk kepada danau dalam bahasa Indonesia....di tempat saya, tasik ini telah dijadikan tempat rekreasi untuk orang bersantai dan beriadah pada waktu lapang.
DeleteSeru tuh bisa olah raga (jalan kaki) sambil menyaksikan banyak orang, dapat sehatnya dapat juga keramaiannya👍
ReplyDeletebenar mas...memang seru banget...beoleh kasi hilang stress
DeleteBagusnya, ada taman rekreasi dekat rumah. Senang nak beriadah. Selamat bersenam dan ber-briskwalk, Encik Hanafi.
ReplyDeletealhamdulillah...rezeki untuk saya dan jiran tetangga dalam aktiviti beriadah
Deletedpt sejam tu ada x dlm 10k langkah?
ReplyDeletesaya tak sempat nak check guna apps...saya target nak jalan kaki selama sejam...in shaa Allah saya nak check juga berapa K kalau berjal;an kaki dalam sejam
Deletesaya rindu berjalan kaki di taman, sekarang ini ramai orang ke taman untuk berpiknik sehingga agak sulit bagi saya untuk bisa berjalan santai di sana
ReplyDeletebetul juga tu...tempat saya pun ada yang berpiknik tetapi meraka di tepi jalan...redah jelah
Delete