Mari saya bercerita tentang khayalan.
Khayalan dalam bahasa motivasi ialah visualisasi.
Lagi jelas lagi best.
Feelnya akan lebih terasa.
Jom kita mulakan.
Apa yang kita sangat mahukan dalam hidup ini.
Bagi saya tiga perkara ini.
1.Duit banyak
2.Kesihatan optimum
3.Kebebasan masa
Saya feelkan diri saya sudah dapat banyak duit.
Wow..juta-juta tu. ( jumlah tepat hanya hati sendiri yang tahu)
Hari-hari ada sahaja duit masuk tanpa henti.
Inilah duit yang semua orang nak ….dari sumber yang halal dan berkat.
Duit yang banyak saya boleh beli kereta, rumah dan pakaian yang sesuai.
Tak perlu mewah.
Cukup sekadar selesa, ada gaya dan keunggulan.
Yang pasti duit yang banyak boleh bagi elaun kepada isteri yang dicintai dan disayangi.
Selesai bab duit.
Kalau nak tulis terus menerus, sampai esok pagi pun belum tentu selesai lagi.
Ok.
Saya pergi kepada bab kesihatan optimum.
Sihat yang saya inginkan tentulah sihat yang optimum.
Sihat fizikal, mental dan spiritual.
Dalam erti kata yang lainnya, kesihatan yang membolehkan saya terus menikmati hidup dengan bahagia dan tenang.
Perut sick pack, muka licin dan dan otot lean.
Alaa….macam badan atlet.
Hebat di luar dan perkasa di dalam.
Kan…
Selesai bab kesihatan optimum.
Mari kita pergi kebebasan masa.
Bayangkan kita boleh menikmati hidup seharian tanpa kerja yang terikat dengan masa.
Tak perlu nak mohon cuti.
Kerja hanya untuk mengisi masa dan memenuhi kepuasan diri.
Paling penting kebebasan masa ini untuk beramal dan berbakti kepada Allah SWT.
Tiada siapa boleh pertikaikan.
Rasa-rasanya logik tak khayalan saya.
- kemas kini 25/7/25
0 Comments