Kalau dah jodoh….eh bukan, kalau dah rezeki tak akan ke mana ?

Syukur sangat-sangat, saya sudah temui kembali jaket saya yang sudah hilang tempoh hari.

Kehilangan sementara mungkin salah letak walaupun saya tidak yakin saya buat demikian.

Hilang pada 26 Julai 2021 dan ditemui semula pada 30 Julai 2021.

Betullahkan, kalau sudah rezeki tak akan ke mana-mana atau rezeki tidak pernah salah alamat.

Cerita kehilangan jaket tersebut telah saya tulis dalam artikel berikut:

https://mrhanafi.com/rezeki-buatmu-tapi-ujian-buatku/

Saya tidak mahu ulas panjang lagi. Yang penting baju sudah kembali ke tuannya.

Kita bawa ke cerita yang lain pula.

Ini tip menarik untuk usha awek yang cun. Boleh dicuba atau dipraktik kepada mereka yang masih single.

Sebelum itu, saya buat penafian.

Beginilah dialognya :

Anda: Nak ke mana tu ?
Awek: Tak de ke mana pun.
Anda: Kalau macam tu, awaklah jodoh saya.
Awek: Kenapa pulak?
Anda: Kan selalu orang kata..kalau dah jodoh tak akan ke mana.
Awek: Tiber..
Anda: ….( wajib senyum sahaja )

Akhir kata selamat datang bulan Ogos, bulan kemerdekaan untuk negara Malaysia.

 

 

0 Comments