Kata Kata Inspirasi Dari TEDxKenyalang 2017

Kata kata inspirasi memang diperlukan dalam hidup ini. Nak dapat kata-kata inspirasi sudah semestinya dari  program TEDxKenyalang.

Program versi Be The Best  tahun ini sudah melabuhkan tirainya pada 25 November 2017.

Memori manis dan kenangan terindah kekal dalam ingatan. Namun cetusan inspirasi, kata motivasi dan informasi berharga tiada galang ganti bagi kami semua.

Sedikit info tentang TEDxKenyalang.

[ TEDx ialah event bebas,diurus secara tempatan dan memiliki lesen dari TED antarabangsa.]

Maksud TED:

T = Technology

E= Entertaiment

D=Design

Bahasa mudahnya TED ialah satu NGO yang tidak berorientasi  keuntungan namun mengetengahkan potensi idea untuk disebarkan.

Kata kata inspirasi

Saya cukup bertuah.Para tetamu yang lain juga turut bertuah.Mana tidaknya berpeluang menghadiri TEDxKenyalang di Borneo Konvention Centre Kuching.

Minda kami penuh selepas mendengar perkongsian idea,pengalaman dan semangat dari 11 orang speaker yang berkaliber.

Satu perkataan  untuk gambarkan  event ini ---- >  BEST

"All  TedxKenyalang 2017  speaker deliver their talk with awesome and marvellous." - mrhanafi

Saya teruja untuk berkongsikan beberapa tips penting dari speaker dalam TedxKenyalang.Bayangkan tiket yang berharga sekitar RM150 habis terjual manakala tempat pula terhad untuk 500 tetamu. 

Saya memohon maaf kerana stori ini tidak begitu sempurna. Hanya beberapa perkara sahaja yang sempat saya ingat.Yang lain saya terlupa. 

Ada juga yang saya tak faham dengan sepenuhnya.

Saya juga tidak dapat untuk mencatat dengan lengkap. Pada waktu talk berlangsung lampu pada bahagian tetamu  telah dipadamkan.

Tambahan pula saya duduk di kerusi tetamu jemputan dan bukannya di meja para media.

Untuk pengetahuan semua, event ini bertaraf antarabangsa.

Jangan hairan anda akan teruja dan puas hati menikmati perkongsian stori dari speaker.

Apa-apapun jom kita baca hasil pengamatan saya sepanjang berlangsungnya event TEDxKenyalang pada tahun 2017.

Giliran para speaker dibahagikan kepada 3 segmen yang utama.

Kehidupan dan inspirasi 

#1. Azmir Zed

Beliau merupakan seorang pemain ragbi kebangsaan dan jurutera kimia. Saya teruja dengan kata-katanya bahawa untuk berjaya terpaksa melalui kesakitan.

Pengalamannya yang pernah cedera dalam perlawanan ragbi  cukup perit. Sakit macam manapun perlu bangkit untuk teruskan perlawanan. 

Fokus untuk berjaya dan buat tindakan pada masa yang tepat.

Oh ya.

Saya sempat berbual dengan Saudara Azmir Zed seketika sebelum solat zuhur. 

Cuma kami berdua tak bersefie gara-gara keadaaan telefon pintar saya kurang mengizinkan.

#2.Magdaline Muuk

Seorang guru bahasa Inggeris dan mempunyai impian besar untuk mengubah keadaan zon selesa dalam dunia pendidikan. Dengan taglinenya the Wind of Change telah memberi kesan kepada kami semua.

Pesannya jangan takut untuk berubah terutama minda dan tindakan.

Saya tidak sempat pula nak berjumpa dengan Magdaline Muuk. Mungkin keadaan terlalu crowded.

Sejujurnya saya memang berpuas hati dengan penyampaiannya yang bersahaja tetapi sarat dengan mesej perubahan.

#3.Anthony Sebastian

Beliau pakar dalam bidang ekologi dan antara orang terpenting dalam bidang tersebut di Asia Tenggara.

Stori beliau memang best. Mesej penuh simbolik. Kata kata inspirasi beliau ,orang membeli sesuatu untuk dapatkan pengalaman dan bukannya produk semata-mata.

Beliau turut bertanya dengan tetamu, ada tak produk kosmestik yang tidak melibatkan haiwan sebagai bahan ujikaji.

Ketika sesi rehat saya sempat untuk menegurnya. Cuma tidak ada peluang untuk berbual bicara lebih lama.

#4.Datin Valerie Marhman

Pada tahun 1980 Datin datang ke Sarawak sebagai guru sukarelawan di pendalaman Sarawak. Bertemu jodoh dengan orang Sarawak.

Sumbangan Datin untuk Sarawak sebagai penulis buku dan mengasaskan pusat pembelajaran bahasa Inggeris. Usaha Datin telah dianugerahkan 5 bintang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Terharu juga rasa dihati.

Saya masih teringat kata-kata beliau.

"..biarpun saya separuh British dan Itali namun hati saya untuk Sarawak ..."

Datin juga memuji bahawa Laksa Sarawak memang nyaman menyebabkan audien gelak seketika.

Pendek kata memang memang  'best la."

Teknologi dan masa depan 

#5.Alvin Wee

Beliau adalah jurutera muzik dan produser yang berjaya menempa nama di Los Angeles. Kelahiran Kuching dan mempunyai minat yang mendalam seni muzik.

Kejayaannya sebagai orang penting dalam pemikinan filem blockbuster sountrack seperti Kingsman : The Secret Service,Kungfu Panda 3,13 Hours dan banyak lagi.

Saya teringat kata kata inspirasi pegangannya,

" Fear is great motivator "

Deadline juga menjadi faktor terkuat untuknya menghasillan karya yang bernilai tinggi.

Dalam banyak perkara yang disampaikan saya masih ingat -->  kata kunci untuk berjaya ialah praktis,praktis dan terus praktis.

#6.Diane Russell

Lahir di Venezuela tetapi membesar di Brazil dan kemudiannya tinggal di Amerika Syarikat.

Kepakarannya adalah membuat storyboard teller atau visual storyteller. Kehidupannya semakin bersinar ketika berhijrah di China.Kini bekerja  Shangai dengan memegang jawatan yang  menarik.

Diane Russell berpesan, untuk berjaya impian mesti dinyalakan selalu.Semua orang berpeluang untuk berjaya walau dimana sahaja berada.

#7.Prof Musthtak Al-Atabi

Seorang profesor dari Iraq dan telah berkahwin orang Malaysia. Kepakaran beliau adalah kejuruteraan mekanikal dan telah menulis beberapa buku yang menarik.

Sekarang ini prof Musthtak mengendalikan kursus online yang dihadiri ribuan pelajar seluruh dunia.

Saya sempat memandangnya dari jauh.Prof memang tinggi lampai dan penyampaian agak menarik.Sayangnya, saya sukar memahami apa yang  beliau sampaikan.

Mungkin aras bahasa terlalu tinggi atau  pemahaman akal saya terlalu rendah. [ hehehehe ]

#8.James Lai

Dengan pengalaman 20 tahun dalam bidang teknologi dan teknikal memang Mr James Lai terbaik.

Pengetahuannya sangat luas dan telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan Internet of Thing  (IoT) di Malaysia.

Dalam siri ucapannya kehidupan kita sudah terlalu terdekat dengan teknologi 4.0.

Entah saya nak terang pun susah.Yang pasti kita tiada pilihan selain untuk terus mendepani teknologi yang begitu pantas.

Bisnes dan inovasi 

#9.Aziph Musapha

Beliau merupakan seorang tokoh usahwan yang tersohor di Malaysia.Kini menjadi CEO kepada Malaysia Innovation Foundation.

Sejujurnya saya hilang mengantuk ketika beliau berkongsi kata kata inspirasi.

Beliau bijak mengambil perhatian audien dengan pelbagai lawak yang menyegarkan.Kecoh satu dewan dengan gelak ketawa.

Satu perkara yang saya ingat dengan teori untuk berjaya oleh beliau.

 " Happy = Hardworkig = Success "

Selain itu ada perkongsiannya berkaitan tabiat untuk menjadi insan luarbiasa.

" Weirdo =pelik"

Tatkala orang lain tampil dengan perkara biasa-biasa sahaja, ada orang berjaya menonjol dengan ciri-ciri pelik.

Kepelikan bukan untuk saja-saja tetapi sebagai cara untuk menonjolkan diri.

#10.Dr Muhammad Abdullah

Beliau seorang individu yang berpengalaman luas dalam bidang kewangan.

Sangat ramah dan sangat merendah diri biarpun seorang pakar dan memegang jawatan penting di Sarawak.

Kini memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Pentadbiran Khas kepada Yang Berhormat Ketua Menteri Sarawak.Sebelum itu seorang pensyarah di UNIMAS.

Alhamdulillah saya sempat beramah mesra dengan beliau dan berharap kami dapat berjumpa lagi.

Dalam sesi talknya saya pegang 3 kunci utama untuk berjaya.

Awal-awal lagi beliau akui ceritanya berdasarkan pengalaman sendiri dalam bidang kewangan.

1.Menepati masa

Orang berjaya adalah orang yang menepati masa.Malah masa juga dikaitkan dengan wang.Buang masa buang wang.

2.Kerja Keras

Lihatlah mana-mana negara yang maju.Kajilah juga mana -mana buku atau kisah individu berjaya.Persamaan mereka ialah kerja keras.

3.Hargai peluang

Saya ingat-ingat lupa. Sebab tak tulis nota.Apa yang ingin disampaikan oleh Dr Muhammad Abdullah untuk menggunakan peluang yang ada untuk berjaya.

#11.Sada Borneo

Untuk makluman semua band Sada Borneo adalah semi finalis 2015 untuk AXN's Asia Got Talent.Satu program realiti show yang masih popular hingga ke hari ini.

Band ini pernah memenangi anugerah Negaraku 2017 dari pejabat Perdana Menteri atas sumbangan muzik tradisi,moden dan kreativi bunyian alam.

Ketika band Sada Borneo membuat persembahan para tetamu sangat teruja.Kami menyanyi dan menari mengikut rentak muzik.

Pembaca jangan pula salah faham.Suasana masih terkawal biarpun ada berapa orang awek terkinja-kinja.Biasalah orang muda.

Memang enjoy giler dengan muzik Sada Borneo.Saya yang dah tua ini hampir hilang kawalan untuk melompat tinggi-tinggi.

Nasib baik masih ingat akhirat dan saya sekadar bertepuk tangan untuk menikmati muzik mereka.[ cover line ]

#12.Zaiwin Kassim

Beliau bukan speaker tetapi curator TEDxKenyalang. Peranan beliau sangat besar dan penting dalam menjayakan event tersebut.

Tambahan pula tanggungjawabnya sebagai pengerusi KOBIS sebagai peraju utama TEDxKenyalang.

Dalam ucapan aluan, Tuan Zaiwin menzahirkan penghargaan terima kasih kepada ramai pihak yang terlibat.Baik baik para penganjur,penaja,urus setia,sukarewan dan semua pihak.

Katanya event ini bukan kejayaan one man show tetapi hasil kerjasama erat semua pihak.

Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada tuan Zaiwin Kassim.Beliau sudi menaja satu tiket untuk saya.Terhutang budi pulak saya.


 [ Jika nampak dia hensem doakan dia berjaya -aamiin- ]

Kesimpulan

TedxKenyalang 2017 tamat jam 5.30 petang. Semoga para tetamu berpuas hati. 

Semoga matlamat program pula tercapai untuk ilmu,hiburan dan inspirasi anak-anak muda

Secara simboliknya TEDxKenyalang bukan sekadar talk show semata-mata.

Ia adalah platform terbaik untuk ikon seluruh Malaysia untuk berkongsi stori suka duka dan pahit manis kejayaan mereka.

Perkongsian stori begini menjadi sumber inspirasi untuk rakyat Malaysia dalam mencipta kejayaan yang manis dan penuh bermakna.

Dalam masa yang sama, program ini menjadi titik tolak perjalanan untuk menuju kejayaan.

In Shaa Allah ada diadakan lagi  event TEDxKenyalang pada tahun 2018.Lebih gempak,lebih berbaloi dan lebih touching lagi.

Semoga para tetamu dan rakyat di mana sahaja mendapat impak maksima dari kata-kata inspirasi para speaker

Sekian.Terima kasih dan jumpa lagi

Nota mrhanafi

Arikel ini pernah disiarkan pada 27 November 2017

0 Comments