Betul ke Ko-Fi boleh jadi alternatif jana pendapatan? Jawapannya ada dalam artikel ini. Ko-Fi agak janggal kedengaran bagi mereka yang baharu pertama kali mengetahuinya.
Namun ia adalah satu platform yang unik dan menarik berbanding media sosial arus perdana.
Menurut sejarah, Ko-Fi diasaskan oleh insan bernama Nigel pada tahun 2015 lagi dan mula diusahakan secara serius pada tahun 2016.
Kisah lengkap boleh dibaca dalam aritkel Ko-fi.com the Story So Far
Objektif penubuhan Ko-Fi untuk membantu para content creator menjana pendapatan.
Sumber pendapatan dari sumbangan peminat atau penyokong dalam komuniti Ko-Fi itu sendiri dan sumbangan daripada orang ramai.
Setakat ini sudah USD200 juta telah diterima daripada penderma kepada komuniti Ko-Fi yang sudah mencecah 1 juta orang.
Selain itu ahli Ko-Fi menyediakan membership dan komisyen dalam menjana pendapatan kepada follower mereka.
Jangan pulak dianggap minta sedekah kerana ahli Ko-Fi sudah menyajikan content kepada audien.
Ia seperti super big thank, star dan sebagainya di media sosial yang lain.
Kalau susah juga nak faham, cuba lihat persembahan buskers jalanan.
Di depan mereka ada tabung sumbangan duit.
Begitulah juga dengan konsep Ko-Fi.
Hasil karya mereka berupa artikel, grafik, gambar, lukisan dan video oleh kalian akan dihargai dengan wang yang diberi seikhlas hati.
Tiada paksaan dan tiada tekanan.
Nak bagi sumbangan boleh atau nak nikmati percuma sahaja pun boleh.
Ko-Fi boleh jadi alternatif jana pendapatan
https://www.youtube.com/watch?v=aaXJ-nXFeec
Bagaimana untuk bermula di Ko-Fi ?
Untuk mendaftar sebagai komuniti Ko-Fi sangat mudah.
Ada dua pilihan iaitu percuma dan berbayar.
Pakej Gold adalah berbayar dengan yuran USD8 sebulan atau USD72 setahun.
Pakej percuma sudah memadai buat permulaan dan boleh dinaik taraf ke Gold setelah mendapat pendapatan dari sumbangan komuniti Ko-Fi.
Apa yang menarik sekali adalah sumbangan dana terus masuk akaun bank atau akaun Paypal.
Jadi apa tunggu lagi, jomlah daftar sebagai komuniti Ko-Fi sebagai cara alternatif untuk jana pendapatan dalam USD.
Kalian boleh mendaftar di SINI
- kemas kini 16/6/23
0 Comments