Cabaran utama manusia berkait rapat dengan masa. Kenyataan ini bukan untuk semua.
Hanya untuk mereka yang sedar dan faham bahawa masa yang berlalu tidak akan datang kembali.
Yang pergi akan tetap pergi. Yang pasti tiada berganti lagi.
Sebab itu masa umpama detik nyawa.
Sebagai contoh pada hari ini bersamaan 13 Jun 2023 tidak akan sama pada 13 Jun 2024 atau 13 Jun 2022.
Atas kesedaran untuk mengingatkan diri sendiri, saya telah mengurangkan masa kepada perkara rutin seperti melayan media sosial secara berlebihan.
Kurang masa di media sosial bermakna ada penjimatan masa lapang yang banyak.
Selain dari itu, saya juga merancang aktivti supaya lebih tersusun dan teratur.
Ketirisan masa akan diketahui jika aktiviti tidak dapat dilakukan dengan lancar.
Akhir sekali menukar rutin tidur supaya tidur awal dan bangun awal.
Waktu tidur yang efisien dan efektif bersifat subjektif kepada setiap orang.
Jika bangun awal, maka banyak aktiviti boleh dilakukan secara 'advance' pada hari tersebut.
Itu sahaja perkongsian saya dan semoga ada manfaat juga pada orang lain.
Orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang menjadi insan kesayangan Allah SWT.
Wallahualam.
Nota kaki:
Seronok juga menulis artikel tanpa memikir aspek SEO. Cepat siap dan banyak masa untuk kerja-keja lain pulak.
10 Comments
Tulis kerana passion lebih feel!
ReplyDeleteitu sudah semestinya Uncle
DeleteYes, jimatkan masa Dan gunakan masa sebaiknya kan ❤️ Thanks for the tips...Haha..Memang seronok bercerita Tanpa fikir SEO.. Lapang Dan bebas rasanya
ReplyDeleteyang tak bebas bila artikel begini tidak berada di halaman utama Google hehehe
DeleteKalau saya pengangguran, tidur semaunya, bangun semaunya, hihi..
ReplyDeletewah...bestnya seperti sudah berada di syurga hehehe
DeleteMemang betul, dapat jimat masa banyak jika tak layan reel atau video di media sosial. Saya pula, syok sendiri, kemaskini blog, tak pernah memikir aspek SEO. :D
ReplyDeletekemas kini blog...ada catatan untuk rujukan peribadi pada masa hadapan...jangan risau
Deleteseingat sy, sy x penah menulis fikir pasal seo hahhaa... apa yg terlintas di kepala tu laa yg sy tulis...sy xde apa2 nk dikejar...
ReplyDeleteSEO antara bidang saya suka dan sebab itu saya suka menulis menggunakan teknik seo...tapi blog ini...saya belasah saja dan datangkan feel menulis pada tahap optimum
Delete