Saya cuma nak rekodkan sesuatu dalam blog ini. Perkara tersebut adalah undang-undang masa untuk saya iaitu 7am to 10pm only.

Saya menetapkan hanya ada digital connection atau online time hanya bermula 7 pagi dan berakhir 10 malam. 

Dalam tempoh tersebut saya sedaya upaya untuk menyelesaikan tugasan, membaca mesej Whatsapp  dan kerja-kerja digital secara produktif.

Luar daripada waktu di atas, saya akan berusaha menjauhkan telefon, gajet dan komputer dari jangkauan tangan, fikiran serta perasaan.

Alasan utama demi kesihatan mental dan fikiran dalam jangka masa panjang.

Alasan sampingan untuk menikmati masa lebih berkualiti dan efisien.

Bagaimanapun ianya terkccuali jika ada kes kecemasan atau perkara yang tidak dapat dielakkan.

Berdasarkan pada waktu 10 malam hingga 7 pagi didapati waktu tersebut kurang produktif.

Jadi inilah peluang terbaik untuk fokuskan masa kepada diri sendiri, keluarga dan Allah SWT.

Kita dikurniakan Allah SWT 24 jam sehari dan pastikan waktu ini digunakan kepada perkara yang bermanfaat dan berguna kepada diri sendiri dan insan sekeliling.

Semoga saya dan anda semua boleh juga istiqamah menjaga dan mengurus waktu sebaik yang mungkin.

Mudah-mudahn boleh menjawab di padang Mahsyar kelak tentang penggunaan masa ketika hidup di dunia.

Sekian sahaja perkongsian kali ini dan harap ada juga manfaat untuk anda juga.

NOTA KAKI:

Masa adalah nyawa dan kealpaan mengurus masa akan menyebabkan hari yang berlalu menjadi sia-sia.