Apa yang jadi milik kita bukan semua rezeki kita.
Biar saya terangkan dengan cara pemikiran orang biasa-bisa.
Cara ringkas dan cara santai.
Saya bukan ustaz dan saya baru nak start. hehehe
Rezeki luas maksudnya.
Maksud rezeki ialah apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita baik daripada sumber halal atau sebaliknya.
Rezeki itu ada yang boleh dilihat, dipegang atau dirasa semata-mata.
Sebagai orang Islam menjadi kewajipan kita untuk menikmati rezeki dari sumber yang baik dan halal sahaja.
Kita kembali kepada topik apa yang kita miliki bukan rezeki kita 100 peratus.
Malah kalau difikir sebagai orang beriman, apa sahaja yang ada di bumi dan di langit bukan milik kita.
Itu semua milik Allah SWT.
Manusia cuma diberi pinjaman dan amanah untuk menikmati manfaat sahaja yakni rezeki.
Tak perlu contoh terlalu jauh.
Cukup sekadar gaji yang orang kerajaan terima hari ini.
Gaji RM10 ribu.
Gaji tersebut memang miliknya kerana ada nama dalam akaun atau slip gaji.
Tapi ingat daripada gaji tersebut ada rezeki orang lain di sekeliling.
Dalam gaji tersebut ada rezeki pihak bank, pasar raya, anak-anak, ibu bapa dan panjang lagi senarainya.
Rezeki mungkin untuk kita apabila sudah kenyang menikmati sarapan pagi dengan duit selepas membayar di kaunter,
Rezeki mungkin selepas kita membayar harga jam G-Shock Frogman yang terbaharu yang berharga bermula RM25 ribu.
Rezeki mungkin selepas kita memasuk note RM100 dalam tabung Jumaat.
Panjang lagi senarai rezeki yang boleh kita ambil manfaat dengan wang gaji RM10 ribu sebulan.
Nota mrhanafi
Jangan risau dan runsing tentang rezeki kerana setiap makhluk hidup di muka bumi ini dijamin oleh Allah SWT rezekinya.
Apa yang perlu dikhuatiri ialah iman sama ada terus meningkat, menurun atau mendatar.
Sekian. Wallahualam.
17 Comments
baca entry ni tingat kes viral tempoh hari psl rider yg marah org lain / part timer buat grab. dia x dpt kejar order disebabkan part timer.. gerammm je sy baca
ReplyDeleteinilah masalah akan wujud jika ada dalam pemikiran bahawa rezeki itu manusia yang aturkan...boleh ambik iktibar dan pengajaran
Deletetu laa... dia igt dia dah berusaha, maka dia akan dpt. dia lupa segalanya Allah dah aturkan dr alam roh lg. kalu x dpt tu bersangka baiklah Allah akn beri yg lbh baik
DeleteAlhamdulillah... rezeki datang dlm pelbagai bentuk dan cara... dalam rezeki kita terselit rezeki org lain juak
ReplyDeleteya itulah realiti yang mesti kita faham...tiada sesuatu pun jadi milik kita 100%
DeleteIya ada rezeki orang lain dalam rezeki kita.
ReplyDeleteKalau misalnya melihat cewek cantik termasuk rezeki atau bukan, Pak? Sepertinya ini termasuk rezeki yang kurang halal ya, Pak? Hehe..
melihat cewek cantik biar sekali sahaja dan jangan lama-lama...itu rezeki mata untuk pandangan pertama,,,kalau pandangan kedua..sudah tidak halal hhehe
Deletekalau iman meningkat, jangan riak pulak...
ReplyDeletebetul uncle...iman meningkat jadi semakin humble
DeleteTerima kasih atas peringatan ni. Biasa juga cenderung untuk mengeluh gaji yg ada baru masuk tp ibarat: sesaat kau datang, sesaat kau hilang. hehe. Bila percaya pd Allah yg memberi rezeki, Insya Allah hati lebih tenang melepaskan duit tu untuk kelancaran hari2 juga kan.
ReplyDeleteduit itu mungkin milik kita tetapi belum tentu rezeki mutlak kita...
DeleteBadan yang sihat dan otak yang cerdas juga rezeki
ReplyDeletealhamdulillah...wak...tepat sekali
DeleteSaya setuju tu. Sebahagian rezeki kita, ada bahagian untuk orang lain juga. Niat sedekah.
ReplyDeleteya...tiada milik kita secara mutlak atau 100 peratus
DeleteSebelum berhenti kerja dulu, saya pun mula-mula risau juga boleh ke keluarga kami survive atas gaji suami je. Tapi saya berpegang dgn konsep rezeki dtg dari Allah bukan dari majikan. alhamdulillah, rezeki tu sentiasa rasa cukup buat keluarga kami.
ReplyDeletebegitulah yang sepatutnya...Rezeki hanya Allah SWT yang bagi
Delete