Apabila melihat orang berusia...

Orang berusia atau orang tua ataupun warga emas merujuk kepada maksud yang sama.

Mereka dalam lingkungan umur 60 tahun dan ke atas.

Persoalannya apa perasaan anda apabila melihat orang berusia.

Ya itu soalan saya kepada diri sendiri dan mungkin juga kepada anda.

Saya melihat orang tua dari dua sudut berbeza.

Cuba letak diri anda berada seperti mereka.

Pertama, kita semua akan melalui usia tersebut jika sempat.

Tiada jaminan sempat tua dan ada kemungkinan meninggal dunia pada usia muda.

Jika sudah tua, segala kekuatan dan kudrat sudah berkurangan tidak seperti orang muda.

Pada ketika itu perasaan kita akan bercampur-baur

Gembira ada dan sedih juga ada.

Kedua, kita akan merasakan ajal semakin dekat.

Umur yang bersisa dan berbaki tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk beramal.

Kita akan bermain teka-teki, adakah esok sempat untuk melihat mentari terbit lagi

Mungkin tidak semua berfikiran dan berperasaan demikian.

Kalau ada, alhamdulillah kerana dengan sentiasa mengingati kematian menjadi dorongan untuk mengelakkan berbuat kejahatan.

Nota mrhanafi:

Mati itu pasti. Tua belum pasti.

Entah sempat atau tidak kerana ajal, rezeki dan jodoh masih dalam takaran rahsia hidup manusia.


4 Comments

  1. Sekarang pun dah rasa tua dan selalu bayangkan bila ajal menjelma..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah...kalau ada kesedaran demikian..

      Delete
  2. Nangga anak² semakin besar nang terasa diri pun semakin menua

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah namanya lumrah...kita semua sama jak...semakin hari semakin tua

      Delete