Mrhanafi yakin ada yang sudah tertanya-tanya apa perkembangan Aplikasi Duit.
Mereka nak tahu berapa duit yang dah masuk ke dalam akaun mrhanafi.
Mungkin beratus ringgit atau beribu ringgit.
Kalau betul tentu seronok.
Siapa yang tak seronok tu mungkin tunggu empat kali Jumaat.
Duit bukan segala-galanya tetapi ada orang kata segala-galanya perlukan duit sebagai alat perantara.
Duit seperti orang tengah untuk memudahkan urusan dua pihak.
Sebab itu tanpa duit kehidupan kita menjadi sukar.
Nak kahwin pun memang perlukan duit.
Opps. Bukan mrhanafi tau.
Zaman sekarang susah nak mengguna sistem barter.
Mana ada beras yang boleh ditukar dengan gula atau baju ditukar dengan tebu,
Kalau ada memang pelik dan mungkin ada yang akan gelakkan kita tiga hari dan tiga malam.
Oleh sebab itu ada satu Aplikasi Duit telah dicipta untuk membantu manusia mencari duit.
Aplikasi ini merupakan inovasi yang mudah dengan menggabungkan teknologi telefon pintar dan kerja promosi.
Dengan satu klik sahaja kerja promosi boleh dikongsikan dengan sendirinya ke media sosial. senarai telefon kawan-kawan dan sebagainya.
Aplikasi ini cepat, pantas dan mengkagumkan.
Jadi Aplikasi Duit amat diperlukan oleh para usahawan untuk mempromosikan bisnes mereka ke rangkaian media sosial hanya menggunakan telefon pintar.
Mrhanafi berpendapat ia sangat sesuai digunakan oleh mereka yang sentiasa sibuk dan aktif dengan media soaial.
Jadikan Aplikasi Duit sebagai pelaburan untuk bisnes anda.
Pulangan modal cepat. Tak percaya kalau tak mencuba.
Aplikasi Duit bukanlah menghantar duit masuk ke dalam bank begitu sahaja.
Ia adalah satu tool pemasaran yang berinovasi dalam mempromosikan bisnes kita atau mempromasi produk aplikasi duit itu sendiri.
Usaha perlu dilakukan dan tak boleh berpeluk tubuh begitu sahaja.
Harga memang mahal namun kerja-kerja promosi memang perlukan kos dalam apa jua perniagaan.
Siapa yang berani mencuba akan berjaya biarpun percubaan iti berkali-kali belum berjaya.
Hukum dunia mudah difahami.
Siapa yang berusaha pasti akan dapat. Salah satu usaha yang sangat bagus menggunakan Aplikasi Duit.
Tidak keterlaluan jika mrhanafi katakan bahawa pelaburan mendapatkan Aplikasi Duit adalah tindakan bijak di muka bumi ini.
NOTA KAKI:
Bersungguh-sungguh juga saya membuat copywritting tentang Aplikasi Duit.
Aetikel tersebut pernah diterbitkan pada 26 Ogos 2016
0 Comments