Bagaimana Nak Dapat Insentif RM20

insentif RM20

Jumlah ini sikit sahaja bagi mereka yang berpendapatan tinggi.

Namun untuk mereka yang pendapatan rendah maka  nilai RM20 besar maknanya. 

Lebih-lebih lagi kalau nilai tersebut masuk ke dalam akaun bank ketika poket kalian tengah kering kontang.

Jom teruskan pembacaan. 

Insentif RM20 boleh anda dapat sekiranya anda suka membuat promosi.

Buat promosi pun bukan suka-suka.

Mesti kena pada masa dan tempatnya.

Persoalannya nak promosi apa untuk dapatkan duit RM20?

Saya rasa untuk menjawab soalan ini mudah sahaja.

Anda boleh buat promosi Bestmobile. 

Promosi boleh dibuat secara online atau offline. Kalau tak promosi orang tak tahu.

Kesan promosi ini nanti ada dua.

Satunya ada yang akan berminat untuk megetahui dengan lebih lanjut. Mereka berpotensi untuk mendaftar jadi pengguna Bestmobile.

Bila mereka mendaftar dan jadi ahli Bestmobile bawah tajaan anda maka anda sudah layak untuk mendapat insentif RM20.

Keduanya pula ada yang tak berminat. Mereka pandang sepi sahaja promosi dan ajakan yang mereja buat.

Jangan risau dan jangan sedih. Ia adalah sebahagian daripada hukum dunia.

Ada mahu dan ada yang tak mahu. Kalau semua mahu sudah tentu anda akan jadi jutawan sekelip  mata.

Bagi saya cabaran sebenar untuk mendapat RM20 ini apabila orang yang anda temui berkata tidak kepada anda.

Tambahan pula nak mengeluarkan bajet RM49 untuk kadsim. Sedangkan ada kadsim lain boleh bagi percuma, RM5 atau RM10.

Yang mana pilihan mereka terpulang kepada keperluan masing-masing.

Pesan saya kepada mana-mana ahli Bestmobile yang dah dapat kadsim itu tolong top up RM60 untuk mendapat kelayakan insentif RM20.

Jika anda anggap nilai RM60 terlalu besar boleh juga top up RM15 tetapi insentif yang layak anda dapat ialah RM15 sahaja.

Tak rugi pun.

Memandangkan insentif RM20 untuk setiap keahlian tak banyak maka saya sarankan anda buat kerja promosi sehabis daya dan upaya.

Gunakan medium seoptimum yang mungkin. Selepas itu bertawakal maka saya amat percaya nilai RM20 itu berganda menjadi 5 angka setiap bulan.

NOTA KAKI :

Sayang juga bisnes Bestmobile dulu lingkup. Apa boleh buat, bisnes ialah percubaan demi percubaan untuk berjaya.

Artikel asal pernah diterbitkan pada 10 Jun 2015.

0 Comments