Belajar Dari Pesaing Untuk Berjaya

belajar bersaing

Saya amat sarankan kepada sesiapa sahaja yang berada dalam dunia bisnes untuk belajar dari pesaing anda.

Tak salah. Sebab ilmu itu milik Allah SWT dan wajar sekali ia dikongsikan.

Perlu ingat dan tanamkan dalam hati bahawa bukan bisnes anda yang bagi anda REZEKI tetapi Allah SWT.

Bisnes terutama dalam networking memerlukan ramai orang.

Semua bisnes sama. Kedai makan pun macam tu. Dah tak ada orang macam mana hendak bisnes. Betul kan.


Apabila menceburi bidang usahawan perkara pertama hendak difikirkan ialah ilmu.

Bagaimana dan dimana nak dapatkan ilmu.

Sudah tentu ilmu itu berlegar-legar disekeliling kita.

Apa yang perlu dilakukan ialah belajar meskipun dari pihak pesaing bisnes anda.

Ada tempat yang berbayar untuk dapat ilmu  iaitu beli ebook.

Kaji dan teliti bagaimana mereka boleh bertahan dan berjaya. Buka minda dengan luas dan bersihkan. Hati kotor ilmu susah nak masuk.

Jika ada website, emel atau Fanpage yang mempromosi bisnes lain jangan susah hati.

Baca dengan teliti dan fahamkan konsep yang ingin disampaikan. Ambil pendekatan meniru cara orang berjaya.

Walaupun kita tahu perkataan meniru dikaitkan perkara negatif. Lihat negara Jepun.mereka menjadi maju walaupun permulaan dengan konsep meniru.

Jangan malu atau segan.Tak bayarpun untuk meninjau-ninjau peluang yang ada.


0 Comments