Cara Blogger Buat Promosi Offline

promosi offline

Bisnes kalau tiada promosi memang pelik. Sebab dengan promosi orang tahu kita ada bisnes.

Terpulang kepada mereka berminat atau tidak. Itu soal lain. 

Sebagai seorang blogger cara promosinya memang berbeza terutama ketika offline.


Saya selalu jumpa kawan lama. Jumpa sahaja mereka akan tanya perkembangan diri, keluarga dan kerjaya.

Saya tanpa segan silu saya akan katakan saya seorang blogger yang buat bisnes 

Nak tahu lebih lanjut maka saya jemput mereka untuk pergi ke blog mrhanafi.com.

Itu sahaja. Namun saya percaya mereka akan lupa sesudah sampai ke rumah.

Sebab itu amat digalakkan anda semua hulurkan mereka kad perniagaan. Ada kad ada bisnes. 

Semudah itu. Persoalannya adakah mereka akan cari anda jika ada kad. Jawapannya mungkin dua.

Ya atau tidak.

Sekiranya pertemuan tadi amat berkesan maka mereka akan menghubungi anda melalui telefon atau laman blog yang kita sertakan dalam kad,

Jika tidak mereka akan lunyaikan kad itu atau letak entah dimana terutama kepada mereka yang bukan ada kepentingan bisnes.

Sebab amat elok ada blog yang mempunyai domain yang pendek dan senang ingat.

Jika disebut semasa offline orang akan mudah ingat.

Promosi secara offline lebih power jika betul caranya.

Namun tak sesuai untuk semua orang kerana ada yang jenis susah nak buka mulut.

Kerja promosi mesti manis mulut.

Orang dah suka semua perkara yang kita jual orang akan mahu.Jika tak percaya boleh cuba.


0 Comments