Cari Telefon Lenovo Yang Cun

 telefon buat duit

Kalau ikutkan hati memang tak nak ada telefon baru. Telefon lama pulak dah meragam tak tentu pasal. 

Mahu dengan tak mahu terpaksa berfikir banyak kali untuk membeli telefon yang baru.

Buat masa kini telefon seperti alat keperluan kepada hampir semua orang. 

Tambahan pula saya menjadi usahawan telekomunikasi maka tidak wajar sama sekali untuk tiada telefon atau selayaknya tidak dapat dihubungi.

Satu telefon yang menjadi perhatian saya sekarang ini ialah jenama Lenovo.

Ada banyak model jenama ini yang mempunyai harga bawah RM200.

Selain itu ada jenama Samsung, Alcatel, ZTE,Huawei, Ninetology, Oppo dan Asus serta banyak lagi,

Strategi pemasaran syarikat telemounikasi kini ialah membuat pakej dengan penyediaan kadsim percuma yang bersyarat.

Beli telefon dengan harga murah tetapi wajib melanggan talian telekomunikasi.

Selepas ini saya nak mencari info dan testimonial pengguna telefon jenama Lenovo.

Maklumat begini banyak ditulis dalam blog-blog.  

Terpulang kepada cara mereka mengurus info dan maklumat yang sangat penting.

Sudah menjadi trend semasa iaitu apa sahaja maklumat cari kat Google.

Telefon Lenovo yang cun belum saya beli lagi. Namun pada ruangan di bawah ini  kita buka gelanggang untuk pembaca memberi apa-apa ulasan dan pandangan.

Semoga pendapat  ini membuka minda untuk saya membuat pilihan terbaik. 

NOTA KAKI:

Telefon Lenovo antara jenama popular ketika itu. Sekarang tidak sedemikian.

Artikel asal saya terbitkan pada 12 Jun 2015.

0 Comments