Fokus Untuk Projek Besar 2017

Mrhanafi akui sejak akhir akhir  ini fokus kepada blog personal ini semakin berkurangan.

Sebaliknya fokus untuk projek besar bertambah.

Ada banyak kerja lain yang perlu mrhanafi uruskan sebelum penghujung tahun.

In shaa Allah pada tahun hadapan fokus kepada blog lebih terurus dan terancang.

Kepentingan blog dalam kehidupan seorang blogger bagaikan isi dengan kuku.

Tak mungkin dapat dipisahkan. 

Namun proses mengemaskini blog akan tertunda jika ada aktiviti lain yang lebih utama.

Bagi mrhanafi yang itulah alasan yang utama.

Mrhanafi ada tugas khas dalam menghadapi Projek Besar 2017.

Projek yang bakal didedahkan sedikit masa lagi.

Ia adalah projek yang bakal menentukan kejayaan peribadi mrhanafi sejak melewati tempoh pekerjaan 20 tahun.

Kehangatan bahang projek besar 2017 telah mrhanafikan kongsikan bersama rakan blogger tempatan Bro Ishak Hasimi.

Beliau antara sahabat dan rakan hebat dalam pelopori Hero Borneo Team. (HBT). 

Baru-baru ini kami sempat minum petang bersama dalam suasana santai.

Sambil-sambil mencari ilham terbaik dan resolusi efektif untuk HBT dan input kepada Projek Besar 2017.

Sejujurnya mrhanafi bakal melancarkan projek besar 2017.

Malah mrhanafi sempat meluahkan sesuatu kepada Bro Ishak bahawa bersedia untuk tahun 2017.

Buat satu perancangan peribadi. 

Jika tak buat maka kehidupan kita sama seperti sebelum, semasa dan selepas.

Kalau tak percaya tanya diri sendiri.

Tepuk dada tanya poket. Kalau penuh berisi baguslah. Syukuri nikmat tersebut.

NOTA KAKI:

Artikel ini pernah disiarkan pada 19 November 2016.

0 Comments