aplikasi duit

Sebelum ini ada rakan-rakan yang bertanya mrhanafi. Mereka nak tahu apa sebenarnya Aplikasi Duit yang didakwa begitu mudah menjana duit.

Bayangkan dengan satu klik aplikasi ini boleh meledakkan duit ke dalam akaun bank.

Perasaan ingin tahu yang tinggi menyebabkan mrhanafi telah membeli aplkasi ini. 

Keputusan mrhanafi terjebak untuk membeli Aplikasi Duit memang gempar.

Namun tidaklah segempar Datuk Lee Chong Wei tewas kepada pemain handalan China iaitu Cheng Long.

Harapan kita berkecai bagaikan kaca terhempas di atas batu.

Itu realiti dunia sukan. Ada menang dan ada kalah.

Apa yang paling penting sekarang ini harapan mrhanafi untuk berjaya dalam pelaburan membeli Aplikasi Duit.

Mrhanafi  nak berjaya mencapai impian emas. Bukan pingat emas olimpik seperti diburu oleh Datuk Lee Chong Wei.

Beliau telah berada di pentas akhir perlawanan badminton Olimpik pada tahun 2008, tahun 2012 dan tahun 2016.

Dah bukan rezeki maka pingat emas itu belum lagi menjadi milik Malaysia.

Impian emas mrhanafi pula tetap berkilau sejak sekian lama.

Malah sejak 1996 lagi.

Percubaan menarik rezeki dengan membeli Aplikasi Duit agak mendebarkan.

Berdebar kerana takut tidak berjaya dan pelaburan duit tidak berbaloi.

Debaran ini tidak sehebat bagaimana kalau Aplikasi Duit ini betul-betul berjaya meledakkan pendapatan RM50 sebulan kepada mrhanafi.

Aamiin. Tunggu sebenar. 

Mrhanafi nak berimaginasi.Wah memang sangat seronok. 

Boleh mrhanafi menjadi blogger sepenuh masa yang suka melancong pulak.He..he..he.

Ayuh rakyat Malaysia doakan mrhanafi berjaya dalam usaha murni dengan izin Allah SWT.

Mrhanafi sudah letih makan gaji selama 20 tahun. Mrhanafi nak bekerja sendiri tanpa dikongkong oleh majikan yang hanya tahu untung, duit dan kaya.

Mrhanafi nak merasai duit dengan jerih payah dan keringat jantan melalui usaha sendiri.

Mrhanafi nak sangat menjadi blogger profesional yang ada nama hebat seperti DenaihatiHasrul Hassan dan Hero Borneo 


Harga Aplikasi Duit masih gempar kepada mereka yang sama macam mrhanafi sebab ada duit suam suam suku.

Sehingga artikel ini ditulis, Aplikasi Duit tersebut berharga RM290, Mrhanafi tidak berani untuk menyatakan harganya akan naik atau dihentikan penjualannya.

Itu terpulang kepada pemilik sebenar.Hak beliau dan kuasa penentuan ditangannya.

Jadi mrhanafi harap kalau ada yang ingin mencuba jangan lepaskan peluang ini, Beranikan hati. Bulatkan tekad. Sama-sama kita kecapi kejayaan tersebut.

Mrhanafi akan menulis lagi tentang Aplikasi Duit ini dalam entri yang datang.

Mungkin review atau hasil kejayaan,In shaa Allah.

Terima kasih kerana sudi membaca. 

NOTA KAKI:

Artikel ini pernah diterbitkan pada 2 Ogos 2016 dalam blog utama/