Antara hari biasa dengan hujung minggu tentulah saya menyukai hari biasa. Pelik tak atau biasa.

Ini sebabnya. Hari biasa sangat sibuk dengan kerja, urus anak sekolah dan sebagainya. Hujung minggu pula lebih santai dan rileks.

Secara jujur saya suka aktif dan sibuk. Biar masa berlalu dengan cepat dan tidak terasa.

Hujung minggu ini saya sibukkan diri. Seusai solat Subuh, saya terus buat aktiviti jalan kaki di tasik yang tidak jauh dari rumah. Balik dari tasik pecut pula membeli keperluan barang basah dapur.

Sampai di rumah bersarapan dan berblogging. Selesai aktiviti tersebut cuci kereta dan kemas rumah sebelum bersiap-siap untuk masak lauk tengah hari.

Ada masa lapang lagi, berblogging untuk selesaikan masalah blog mrhanafi.com yang kini penuh dengan penggunaan hardisk. Inilah kelemahan blog yang domain dan hosting berbayar.

Isu ini tidak timbul di blogspot kerana Google sudah menyediakan hosting, CPU dan RAM di server yang percuma.

Petang pula saya akan teruskan kerja-kerja penyelenggaraan blog tersebut dengan memindahkan artikel usang ke blog ini. Selain itu ada juga mengemas kini data, fakta dan informasi yang sudah lapok.

Itu sahaja dan selamat berhujung minggu.

Nota kaki :

Artikel ini ditaip pada 11 Jun 2023 sementara menunggu masa untuk makan tengah hari.